Amalan Rukhsah Sembelihan Ahli Kitab Menurut Yusuf al-Qaradawi dalam Kitab al-Halal wa al-Haram fi al-Islam

Authors

  • Khairudin Shaary Master Student
  • Mohammad Amir Wan Harun

Keywords:

Rukhsah, Sembelihan, Ahli Kitab, Al-Qaradhawi

Abstract

Pemakanan merupakan antara aspek terpenting yang disentuh dalam konsep rukhsah. Penulisan ini memfokuskan kepada konsep rukhsah dalam pemakanan dan sembelihan ahli kitab yang dibahaskan dalam kitab al-Halal wal al-Haram Fi al-Islam karya terkenal oleh Yusuf al-Qaradawi. Metode kajian ini menggunakan pendekatan metode analisis dokumen secara deduktif. Analisis awal mendapati bahawa fiqh Islam mengutamakan kemudahan dan mengelak kesulitan dalam kehidupan manusia. Dalam pada itu, konsep rukhsah perlu melepasi beberapa garisan panduan syarak sebelum dapat diamalkan dalam ehwal pemakanan. Dalam hal sembelihan, Yusuf al-Qaradawi telah mengambil sikap mempermudahkan (tasahhul) hukum sembelihan yang dilakukan oleh ahli-ahli kitab dengan bersandarkan kepada maksud tersurat daripada ayat kelima daripada surah al-Ma’idah. Hasilnya, sembelihan ahli kitab dalam kalangan orang Kristian dan Yahudi adalah halal berdasarkan pemahaman secara literal ayat al-Quran surah al-Ma’idah, 5: 5.

Published

2020-02-02