Impak Pendekatan kreatif dalam Pengajaran dan Pembelajaran kosa kata Arab
Keywords:
Pendekatan kreatif, pengajaran, pembelajaran, kosa kata, bahasa Arab.Abstract
Pedagogi pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab telah mengalami perubahan seiring dengan perkembangan semasa. Pendekatan yang bersifat tradisional dan pasif semakin kurang digemari oleh generasi masa kini yang lebih tertarik kepada sesuatu yang kreatif dan menyeronokkan. Kajian ini bertujuan membincangkan pendekatan kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran kosa kata Arab. Kajian ini merupakan kajian literatur melalui analisis kandungan dan dihuraikan secara deskriptif. Dapatan menunjukkan bahawa kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran kosa kata Arab dapat meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran. Pelajar juga akan lebih berautonomi melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar dan menggalakkan mereka mempraktikkannya dalam konteks kehidupan yang sebenar. Implikasi kajian ini dapat menjadi nilai tambah kepada tenaga pengajar bahasa Arab dalam memperbanyakkan aktiviti dan latihan yang dapat mengayakan penguasaan kosa kata Arab dengan lebih efektif.