Fiqh al-Watan dan Perjanjian Pangkor 1874: Satu Analisis Sejarah dan Kebijaksanaan Watan [Fiqh al-Watan and the Pangkor Treaty 1874: A Historical and Watan Wisdom Analysis]

Authors

  • Wan Ahmad Fauzi Wan Husain Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Keywords:

Fiqh al-Watan; Jurisprudens Watan; kebijaksanaan watan; Perjanjian Pangkor 1874; kedaulatan Raja-Raja Melayu Watanic Jurisprudence; Watanic wisdom; Pangkor Treaty 1874; sovereignty of the Malay Rulers

Abstract

Perjanjian Pangkor 1874 lazimnya dibaca sebagai permulaan penjajahan British di Tanah Melayu. Bacaan itu meminjam kanta pihak luar dan mengetepikan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai punca kuasa. Artikel ini mentafsir semula sejarah Perjanjian Pangkor melalui perspektif Fiqh al-Watan, iaitu pandang dunia watan yang lahir daripada Jurisprudens Watan. Objektifnya ialah membedah terma dan syarat perjanjian yang mengekalkan kedaulatan Kesultanan Perak, dan membahaskan kebijaksanaan watan dalam peristiwa yang berkaitan dengannya. Kajian kualitatif ini menggunakan analisis dokumen melalui kaedah Jurisprudens Watan terhadap sumber primer, termasuk teks perjanjian dalam bahasa Inggeris dan Melayu, dokumen siasatan British tahun 1876, laporan Peguam Negara Malayan Union dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. Fakta ditetapkan daripada rekod, manakala tafsiran bersandar pada prinsip undang-undang kontrak, perwakilan dan undang-undang antarabangsa. Pilihan pihak Perak pula dinilai dengan alat diagnostik PoCFAM. Dapatan menunjukkan bahawa Perjanjian Pangkor memberi British hak menasihati dalam sistem penasihatan yang beroperasi atas nama Sultan, mengecualikan agama dan adat orang Melayu, dan tidak memindahkan kedaulatan. Jurang antara teks dengan amalan Residen ialah ketidakpatuhan pegawai British, bukan pindaan kepada terma perjanjian. Raja, pembesar dan rakyat Perak memahami had itu dan mempertahankannya melalui musyawarah, saluran undang-undang dan rundingan. Perpecahan waris dan pembunuhan Birch membawa harga yang mahal, tetapi cara akibatnya ditangani memelihara institusi Kesultanan. Kedudukan undang-undang yang terpelihara itu membolehkan kuasa dituntut semula pada 1925, 1946 dan 1957, lalu diabadikan dalam Perkara 181 Perlembagaan Persekutuan. Implikasinya, sejarah tatanegara Malaysia wajar dibaca sebagai kesinambungan kedaulatan Raja-Raja Melayu, bukan sebagai sejarah penjajahan, dan ukuran kebijaksanaan watan boleh dipakai untuk menilai keputusan tatanegara masa kini.

The Pangkor Treaty of 1874 is commonly read as the beginning of British colonial rule in the Malay Peninsula. That reading borrows an external lens and sets aside the position of Malay Rulers as the source of authority. This article reinterprets the history of the treaty through Fiqh al-Watan, the Watanic worldview derived from Watanic Jurisprudence. Its objectives are to dissect the terms and conditions of the treaty that preserved the sovereignty of the Perak Sultanate, and to discuss the Watanic wisdom shown in the events connected with it. This qualitative study applies the Watanic Jurisprudence method to a document analysis of primary sources, including the English and Malay texts of the treaty, the British enquiry of 1876, the legal report of the Attorney General of the Malayan Union and the Federation of Malaya Agreement 1957. The choices of the Perak side are assessed with the PoCFAM diagnostic tool. The findings show that the treaty conferred on Britain a right to advise within an advisory system operating in the Sultan’s name, excluding the religion and customs of the Malays, and did not transfer sovereignty. The Ruler, chiefs and people of Perak understood those limits and defended them through consultation, legal channels and negotiation. Disunity among the heirs and the killing of Birch exacted a heavy price, but the handling of its aftermath preserved the institution of the Sultanate. The legal position thus preserved enabled authority to be reclaimed in 1925, 1946 and 1957, and is entrenched in Article 181 of the Federal Constitution. The article implies that Malaysian constitutional history should be read as the continuity of the Malay Rulers’ sovereignty rather than as colonial history, and that the criteria of Watanic wisdom can be used to assess constitutional decisions today.

Downloads

Published

2026-10-18