Cabaran Pembangunan Wakaf Tanah Terbiar di Negara Brunei Darussalam: Analisis Berdasarkan Perspektif Mazhab Syafie [Challenges in Developing Abandoned Land Waqf in Brunei Darussalam: An Analysis Based on the Shafi'i School of Thought Perspective]
Keywords:
wakaf,tanah wakaf terbiar, Brunei Darussalam, Mazhab Syafie, pembangunan wakafAbstract
Wakaf diiktiraf sebagai salah satu instrumen penting dalam menyokong pembangunan sosioekonomi umat Islam. Namun demikian, masih terdapat masih terdapat sebahagian tanah wakaf yang belum dimanfaatkan secara berkesan. Keadaan ini menimbulkan persoalan mengenai faktor-faktor yang menyumbang kepada kewujudan tanah wakaf terbiar serta cabaran yang dihadapi oleh institusi wakaf dalam usaha membangunkan aset tersebut. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor yang menyebabkan tanah wakaf tidak dimajukan serta menganalisis cabaran yang dihadapi dalam pembangunan wakaf di Brunei Darussalam. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis dokumen dan temu bual separa berstruktur yang dijalankan bersama pegawai daripada Jabatan Urusan Zakat, Wakaf dan Baitulmal (JUZWAB) serta pengurus Badan Tanmiah. Data yang diperoleh seterusnya dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik bagi mengenal pasti tema-tema utama yang berkaitan dengan isu kajian. Hasil kajian mendapati bahawa faktor tanah wakaf terbiar ialah faktor fizikal tanah yang kecil dan berbukit, masalah dokumen dan status pemilikan, serta ketiadaan perancangan pembangunan yang komprehensif merupakan antara penyebab utama kewujudan tanah wakaf terbiar. Selain itu, usaha pembangunan wakaf turut berhadapan dengan beberapa cabaran lain seperti kekangan perundangan yang berkaitan dengan perlaksanaan konsep istibdal menurut Mazhab Syafie, keterbatasan sumber kewangan, kekurangan tenaga kerja dan kepakaran, serta tahap kesedaran masyarakat yang masih rendah terhadap kepentingan wakaf produktif. Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan agar pendekatan pengurusan wakaf yang lebih strategik dan bersepadu dilaksanakan bagi meningkatkan keberkesanan pembangunan tanah wakaf serta memaksimumkan manfaatnya kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat.
This study examines the challenges associated with the development of idle waqf land in Brunei Darussalam, with particular reference to the institutional and jurisprudential framework of the Mazhab Syafie. Although waqf is widely recognised as a key instrument for socio-economic development, a portion of waqf land remains underutilised, raising concerns regarding its effective management.This study adpots a qualitative approach through document analysis and semi-structured interviews conducted with officers from the Department Of Zakat, Waqf and Baitulmal (JUZWAB) and Badan Tanmiah. The data were analysed using thematic analysis to identify key patterns and issues. The findings indicate that idle waqf is mainly caused by physical constraints such as small land size and challenging terrain, issues related to documentation and ownetship status, and the absece of comprehensive development planning. In addition, several institutional challenges were identified, including legal constraints related to the implemention of istibdal under the Mazhab Syafie framework, limited financial resources, lack of expertise and low public awareness of productive waqf. This study highlights the need for a more strategic and adaptive approach in waqf management to ensure the effective utilisation of waqf assets in supporting sustianable socio-economic development.












