Pembentukan Kepimpinan Berintegriti melalui Konsep Tazkiyah al-Nafs [The Formation of Integrity-Based Leadership through Tazkiyah al-Nafs]

Authors

  • Nur Qistina Zulkefli Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nozira Salleh Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Tazkiyah al-nafs, kepimpinan berintegriti, masyarakat kontemporari Tazkiyah al-nafs, integrity-based leadership, contemporary society

Abstract

Nilai integriti merupakan elemen asas dalam kepimpinan yang berperanan dalam menjamin kesejahteraan serta kestabilan masyarakat. Namun, realiti semasa memperlihatkan berlakunya krisis integriti dalam kalangan pemimpin apabila isu seperti penyalahgunaan kuasa, rasuah, ketidakadilan dan pengabaian amanah sering dikaitkan dengan institusi kepimpinan. Fenomena ini menekankan keperluan untuk memperkukuh nilai dalaman dan aspek rohani pemimpin agar kepimpinan dapat dilaksanakan secara berkesan dan beretika. Sehubungan itu, kajian ini meneliti konsep tazkiyah al-nafs sebagai teras utama dalam pembentukan kepimpinan berintegriti menurut perspektif Islam. Tazkiyah al-nafs merujuk kepada proses penyucian jiwa yang menekankan pengawalan nafsu serta pembinaan akhlak dalam diri individu melalui pelaksanaan ibadah dan amalan kerohanian. Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen terhadap sumber-sumber primer dan sekunder seperti buku, jurnal ilmiah, artikel akademik, siaran akhbar dan laman sesawang yang berautoriti. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tazkiyah al-nafs memainkan peranan yang signifikan dalam melahirkan pemimpin yang memiliki sifat amanah, adil, jujur dan bertanggungjawab, sekali gus membentuk integriti yang kukuh dari aspek dalaman dan luaran.

Integrity is a fundamental element of leadership that plays a crucial role in ensuring the well-being and stability of society. However, contemporary realities reveal an integrity crisis among leaders, as issues such as abuse of power, corruption, injustice, and neglect of trust are frequently associated with leadership institutions. This phenomenon underscores the need to strengthen leader’s internal values and spiritual dimensions so that leadership may be implemented effectively and ethically. Accordingly, this study examines the concept of tazkiyah al-nafs as a central foundation in the formation of integrity-based leadership from an Islamic perspective. Tazkiyah al-nafs refers to the process of spiritual purification that emphasizes the regulation of desires and the cultivation of moral character within individuals through the practice of worship and spiritual disciplines. This study adopts a qualitative approach by employing document analysis of both primary and secondary sources, including books, scholarly journals, academic articles, press releases, and authoritative websites. The findings indicate that tazkiyah al-nafs plays a significant role in nurturing leaders who embody trustworthiness, justice, honesty and responsibility, thereby fostering strong integrity at both internal and external levels.

Downloads

Published

2026-03-30