Inovasi Hibah Sebagai Instrumen Strategik Dalam Menangani Cabaran Pengurusan Pusaka di Malaysia [Hibah Innovation as a Strategic Instrument in Addressing Challenges in Islamic Estate Management in Malaysia]
Keywords:
hibah, pengurusan harta pusaka Islam, inovasi, perancangan harta Hibah; Islamic estate management; Islamic estate planning; innovationAbstract
Pengurusan harta pusaka di Malaysia merupakan aspek yang penting dalam memastikan pemindahan harta berlaku secara sistematik, adil dan mematuhi prinsip perundangan serta syariah. Namun demikian, pelbagai cabaran masih wujud termasuk peningkatan jumlah harta pusaka beku, pertikaian dalam kalangan waris, kelewatan proses pentadbiran serta tahap kesedaran masyarakat yang masih rendah terhadap kepentingan perancangan harta semasa hidup. Dalam konteks ini, hibah sebagai instrumen perancangan harta Islam dilihat berpotensi menjadi mekanisme alternatif bagi menangani sebahagian daripada permasalahan tersebut. Persoalan utama yang timbul ialah apakah bentuk inovasi hibah yang ditawarkan serta sejauh manakah inovasi tersebut mampu menangani cabaran dalam pengurusan harta pusaka orang Islam di Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti inovasi hibah sebagai instrumen strategik dalam perancangan harta Islam serta menilai peranannya dalam meningkatkan keberkesanan pengurusan pusaka Islam di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis kandungan terhadap dokumen rasmi, risalah produk, laman sesawang institusi berkaitan dan artikel jurnal bagi memperoleh data yang komprehensif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa inovasi hibah berpotensi meningkatkan keberkesanan pengurusan pusaka Islam dengan mempercepatkan proses pemilikan harta, mengurangkan konflik antara waris serta meminimumkan masalah harta pusaka tidak dituntut. Walau bagaimanapun, pelaksanaannya masih berhadapan dengan beberapa cabaran, termasuk ketiadaan peruntukan undang-undang khusus yang menyokong inovasi hibah serta tahap kesedaran masyarakat yang masih rendah. Oleh itu, kajian ini mencadangkan agar penyelidikan lanjutan dilaksanakan bagi menilai keberkesanan model hibah yang berbeza dalam pelbagai konteks sosioekonomi serta meneroka integrasi teknologi digital dalam sistem pengurusan hibah bagi memperkukuh amalan perancangan harta Islam pada masa hadapan.
Estate management in Malaysia is a crucial mechanism for ensuring that the transfer of wealth is conducted in a systematic, equitable, and legally as well as Shariah-compliant manner. However, several persistent challenges continue to affect the efficiency of Islamic estate administration, including the growing incidence of frozen estates, disputes among heirs, delays in the administration process, and the generally low level of public awareness regarding the importance of estate planning during one’s lifetime. In this context, hibah has emerged as a potentially effective Islamic estate planning instrument capable of addressing some of these challenges. The key issue, however, lies in identifying the forms of hibah innovation currently available and evaluating the extent to which such innovations can mitigate the challenges associated with the management of Muslim estates in Malaysia. Accordingly, this study aims to examine hibah innovation as a strategic instrument in Islamic estate planning and to assess its role in enhancing the effectiveness of Islamic estate administration in Malaysia. This study adopts a qualitative approach through content analysis of official documents, product brochures, institutional websites, and journal articles in order to obtain comprehensive and relevant data. The findings reveal that hibah innovation has significant potential to improve the effectiveness of Islamic estate management by facilitating faster asset transfer, reducing conflicts among heirs, and minimising the incidence of unclaimed or frozen estates. Nevertheless, its implementation remains constrained by several challenges, particularly the absence of specific legal provisions governing hibah innovation and the limited level of public awareness and understanding. Therefore, this study recommends further research to evaluate the effectiveness of different hibah models across diverse socioeconomic contexts and to explore the integration of digital technology into hibah management systems as a means of strengthening future Islamic estate planning practices in Malaysia.












