Metodologi Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah dalam Mendepani Cabaran Perubahan Era Pasca Normal [The Methodology of Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) Creed in Facing the Challenges of Change in the Postnormal Times]

Authors

  • Raihana Mahmud Shukri Abdull Rahman Mahmood
  • Abdull Rahman Mahmood

Keywords:

Metodologi, akidah, ahli sunnah wal jamaah, era pascanormal

Abstract

Perubahan yang dilalui oleh kehidupan manusia dalam dunia teknologi banyak mendatangkan manfaat dan kebaikan. Namun, apabila ia mengambil alih peranan manusia, keadaan ini mula mendatangkan kemudaratan, terutamanya dalam aspek kepercayaan untuk membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Termasuklah kemunculan pegangan yang menyimpang dari wahyu akibat pentafsiran terlalu literal. Tujuan kajian ini adalah seperti memahami panduan dan metodologi akidah Ahli Sunnah wal Jamaah berasaskan apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Melihat perspektif berdasarkan penetapan manhaj oleh dua tokoh utama akidah, al-Asha'irah dan al-Maturidiyyah sebagai panduan dan rujukan kepada seluruh umat Islam agar berpegang teguh dengan ajaran yang benar dan memperoleh novelty untuk pemahaman mendalam metodologi akidah ASWJ kepada masyarakat Islam menghadapi pelbagai ancaman semasa. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dari analisis sumber primer dan sekunder bagi memahami metodologi akidah ASWJ. Hasil kajian mendapati bahawa metodologi tersebut tetap relevan dalam memelihara kesucian akidah, khususnya ketika berhadapan proses globalisasi demi kemajuan, fenomena era pasca kebenaran serta penyebaran gerakan kristianisasi yang mengancam pegangan umat Islam. Justeru, akidah umat Islam perlu sentiasa dipelihara dan diperkukuh pada peringkat individu bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

 

Downloads

Published

2026-03-30