Faktor yang Mempengaruhi Penglibatan Muslim dalam Menyumbang kepada Wakaf [Factors Influencing Muslim Participation in Contributing to Waqf]

Authors

  • Muhammad Hamizan Mustafa Kamal Universiti Sains Malaysia
  • Fathullah Asni Universiti Sains Malaysia
  • Mohamad Ihsan Zulkifli Universiti Sains Malaysia

Keywords:

wakaf, penglibatan muslim, kewangan Islam, tadbir urus wakaf, tingkah laku penyumbang Waqf; Muslim participation; Islamic social finance; waqf governance; donor behaviour.

Abstract

Wakaf merupakan salah satu instrumen kebajikan dan kewangan sosial Islam yang berpotensi besar dalam menyokong pembangunan sosioekonomi umat Islam secara mampan. Walau bagaimanapun, tahap penglibatan Muslim dalam menyumbang kepada wakaf masih berada pada tahap yang tidak seimbang dengan potensi tersebut, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan wakaf dalam konteks semasa. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan untuk menganalisis dan mensintesis secara kritis faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan Muslim dalam menyumbang kepada wakaf berdasarkan sorotan kajian sistematik terhadap literatur sedia ada. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian konseptual yang bersifat kualitatif dan eksploratori melalui pendekatan sorotan kajian sistematik melibatkan artikel jurnal berwasit yang diterbitkan antara tahun 2018 hingga 2025 dan diperoleh daripada pangkalan data akademik utama seperti Scopus, Web of Science dan Google Scholar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penglibatan Muslim dalam wakaf dipengaruhi oleh gabungan faktor dalaman individu seperti tahap keagamaan, sikap, norma subjektif, kawalan tingkah laku persepsi dan nilai moral; faktor institusi dan tadbir urus wakaf seperti kepercayaan, ketelusan, akauntabiliti dan kecekapan pengurusan; serta faktor kontekstual yang merangkumi latar geografi, budaya setempat, jenis wakaf dan pendedahan media. Selain itu, interaksi antara faktor individu dan institusi dikenal pasti sebagai elemen penting yang menentukan penterjemahan niat berwakaf kepada tingkah laku penyumbangan sebenar. Artikel ini menyumbang kepada literatur wakaf dengan menawarkan kerangka konseptual bersepadu yang mengintegrasikan pelbagai dimensi faktor penglibatan wakaf, di samping menyediakan implikasi praktikal yang bermakna kepada institusi wakaf dan pembuat dasar dalam merangka strategi yang lebih berkesan bagi meningkatkan penglibatan Muslim dalam penyumbangan wakaf.

Waqf is one of the Islamic philanthropic and social finance instruments with significant potential to support the sustainable socio-economic development of Muslim communities. However, the level of Muslim participation in contributing to waqf remains disproportionate to its potential, raising questions regarding the factors influencing waqf engagement in the contemporary context. Accordingly, this article aims to critically analyse and synthesise the factors influencing Muslim participation in waqf contributions based on a systematic review of existing literature. This study adopts a qualitative and exploratory conceptual research design through a systematic literature review approach involving peer-reviewed journal articles published between 2018 and 2025, sourced from major academic databases such as Scopus, Web of Science, and Google Scholar. The findings indicate that Muslim participation in waqf is influenced by a combination of internal individual factors such as religiosity, attitudes, subjective norms, perceived behavioural control, and moral values; institutional and waqf governance factors including trust, transparency, accountability, and managerial efficiency; as well as contextual factors encompassing geographical background, local culture, type of waqf, and media exposure. Furthermore, the interaction between individual and institutional factors is identified as a critical element in translating the intention to perform waqf into actual contribution behaviour. This article contributes to the waqf literature by proposing an integrated conceptual framework that incorporates multiple dimensions of waqf participation factors, while also providing meaningful practical implications for waqf institutions and policymakers in formulating more effective strategies to enhance Muslim engagement in waqf contributions.

Downloads

Published

2026-02-28