Kecerdasan Buatan (AI) dan Cabaran Penapisan Kandungan Beretika dalam Ekosistem Digital Islam [Artificial Intelligence (AI) and The Ethical Challenges of Content Moderation in the Islamic Digital Ecosystem]
Keywords:
Kecerdasan buatan, penapisan, kandungan beretika, ekosistem, digital Islam. Artificial Intelligence, moderation, ethical content, ecosystem, Islamic digitalAbstract
Perkembangan pesat kecerdasan buatan (Artificial Intelligence, AI) telah mengubah landskap pengurusan kandungan dalam ekosistem digital global, termasuk dalam konteks masyarakat Islam. Walaupun AI menawarkan kecekapan tinggi dalam memproses dan mengawal kandungan berskala besar, penggunaannya turut menimbulkan cabaran berkaitan bias algoritma serta perlindungan privasi pengguna. Sehubungan itu, artikel konseptual ini bertujuan membincangkan cabaran penapisan kandungan beretika berasaskan AI dalam ekosistem digital Islam dengan meneliti isu prinsip, nilai dan tadbir urus teknologi. Artikel konseptual ini menggunakan pendekatan analisis literatur dan perbincangan teori dengan meneliti kajian-kajian lepas berkaitan AI, etika digital, pemikiran sistem dan perspektif Islam. Kerangka Teori Pemikiran Sistem diaplikasikan bagi memahami interaksi dinamik antara data, algoritma, nilai budaya dan konteks nilai Islam dalam pembangunan sistem AI untuk penapisan kandungan digital. Perbincangan mendapati bahawa sistem AI masih berdepan kekangan ketara dalam memahami konteks budaya, bahasa dan nilai keagamaan. Selain itu, isu bias algoritma, ketelusan keputusan sistem, serta kebergantungan kepada data latihan yang tidak neutral menimbulkan risiko salah tafsir terhadap kandungan Islam. Justeru, perbincangan ini menegaskan keperluan pembangunan kerangka penapisan kandungan beretika, dengan menggabungkan kecanggihan AI dan prinsip etika Islam secara seimbang. Pendekatan ini penting bagi memastikan ekosistem digital Islam berkembang secara lestari, beretika dan selari dengan tuntutan nilai Islam.
The rapid development of Artificial Intelligence (AI) has transformed the landscape of content management within the global digital ecosystem, including in the context of Muslim societies. While AI offers high efficiency in processing and moderating large-scale content, its application also raises challenges related to algorithmic bias and the protection of user privacy. Accordingly, this conceptual article aims to discuss the challenges of ethical AI-based content moderation within the Islamic digital ecosystem by examining issues of principles, values, and technological governance. This conceptual article employs a literature analysis and theoretical discussion approach by reviewing previous studies related to AI, digital ethics, systems thinking, and Islamic perspectives. The Systems Thinking theoretical framework is applied to understand the dynamic interaction between data, algorithms, cultural values, and the context of Islamic values in the development of AI systems for digital content moderation. The discussion finds that AI systems still face significant constraints in understanding cultural context, language, and religious values. Furthermore, issues of algorithmic bias, transparency of system decisions, and reliance on non-neutral training data pose risks of misinterpreting Islamic content. Therefore, this discussion asserts the necessity of developing an ethical content moderation framework, by integrating the sophistication of AI and the principles of Islamic ethics in a balanced manner. This approach is crucial to ensuring the Islamic digital ecosystem develops sustainably, ethically, and in alignment with the demands of Islamic values.












