Salasilah Penggantian Raja Pemerintah Pahang Bermula daripada Kesultanan Melayu Melaka: Satu Tinjauan Elemen Struktur Asas Perlembagaan Persekutuan Malaysia
[Genealogy of Succession of the Ruler of Pahang Beginning from the Malacca Sultanate: An Examination of Elements of the Basic Structure of the Federal Constitution of Malaysia]
Keywords:
Struktur asas perlembagaan, Kesultanan Melayu Melaka, Kesultanan Pahang Moden, Kelestarian hubungan watan, Jurisprudens Watan. Constitutional basic structure, Malacca Sultanate, Modern Pahang Sultanate, Sustainability of indigenous relations, Watanic Jurisprudence.Abstract
Kesinambungan hubungan antara Negeri-Negeri Melayu sebagai pendiri Persekutuan Tanah Melayu dengan Kesultanan Melayu Melaka masih kurang diberi perhatian dalam penulisan kontemporari, meskipun ia signifikan dalam konteks prinsip kedaulatan yang terpelihara melalui Undang-Undang Tubuh Negeri. Hubungan ini menegaskan bahawa adat Melayu bukan sekadar warisan budaya, tetapi telah diinstitusikan sebagai prinsip perlembagaan yang mendasari kelestarian institusi Raja. Kedudukan tersebut semakin terserlah apabila Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandhi [2018] menekankan kaedah tafsiran perlembagaan yang berorientasikan tujuan, berakar pada sejarah, serta berasaskan struktur asas perlembagaan. Artikel ini tidak bertujuan menganalisis secara langsung prinsip kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka atau Kesultanan Pahang moden, sebaliknya membuka ruang kajian dengan mengemukakan salasilah penggantian Kesultanan Melayu Melaka sehingga sampai kepada Raja Pemerintah Pahang hari ini. Metodologi kajian menggunakan analisis Jurisprudens Watan yang merangkumi kerangka indikator pelestarian kesultanan, pengangkatan Raja, dan pemakzulan Raja. Kerangka ini amat penting dalam menilai maklumat sejarah yang bercanggah, khususnya mengenai pemerintah sebenar Negeri Pahang antara tahun 1614 dan 1641. Dapatan kajian membuktikan bahawa Negeri-Negeri Melayu, khususnya Kesultanan Pahang sebagai salah satu pendiri Persekutuan Tanah Melayu, mempunyai kaitan langsung dengan Kesultanan Melayu Melaka yang tidak terputus sehingga kini. Hal ini menegaskan bahawa adat Melayu berfungsi sebagai benteng perundangan yang memastikan kesinambungan kedaulatan Raja dalam kerangka negara bangsa Malaysia.
The continuity of relations between the Malay States, as founders of the Federation of Malaya, and the Malacca Sultanate has received limited attention in contemporary scholarship, despite its significance for the sovereignty principles preserved in the State Constitutions. This relationship underscores that Malay custom is not merely cultural heritage but has been institutionalised as a constitutional principle underpinning the monarchy's sustainability. This importance is further highlighted by the Federal Court in Indira Gandhi [2018], which affirmed a purposive constitutional interpretation rooted in history and the Constitution’s basic structure. This article does not aim to analyse the sovereignty principles of the Malacca Sultanate or the modern Pahang Sultanate directly. Instead, it seeks to open the path for such studies by first presenting the genealogy of succession from the Malacca Sultanate to the present Ruler of Pahang. The methodology applies Watanic Jurisprudence, using frameworks such as the indicators of Sultanate preservation, the appointment of rulers, and the deposition of rulers. These frameworks are crucial in evaluating conflicting historical accounts, particularly regarding the legitimate ruler of Pahang between 1614 and 1641. The findings demonstrate that the Malay States, especially the Sultanate of Pahang, as one of the founding entities of the Federation of Malaya, maintain a direct and unbroken link with the Malacca Sultanate. This continuity affirms that Malay custom serves as a constitutional safeguard, ensuring the endurance of royal sovereignty within Malaysia's nation-state framework.












