Jalan Penarikan dan Pembentukan Tamadun Maritim Sungai di Pahang: Satu Analisis Sejarah dan Geografi Mobiliti Pra-Kolonial [Jalan Penarikan and The Formation of Riverine Maritime Civilisation in Pahang: A Historical and Geographical Analysis of Pre-Colonial Mobility]

Authors

  • Ahmad Farid Abd Jalal Perbadanan Muzium Negeri Pahang
  • Azman Yusof Universiti Kuala Lumpur MICET
  • Muhammad Jumaidy Abdul Manap Universiti Kuala Lumpur MICET (UniKL MICET)
  • Rahimin Affandi Abd Rahim Perbadanan Muzium Negeri Pahang

Keywords:

Jalan penarikan, maritim sungai, mobiliti pra-kolonial, tamadun Melayu Islam, Pahang

Abstract

Kajian ini meneliti peranan jalan penarikan sebagai struktur teras dalam pembentukan tamadun maritim sungai di Alam Melayu dengan penekanan khusus terhadap Semenanjung Tanah Melayu dan wilayah Pahang. Berasaskan pendekatan kualitatif melalui analisis sejarah deskriptif dan penelitian kepustakaan, kajian ini menghimpunkan serta menilai secara kritis dapatan sarjana tempatan, bukti arkeologi dan sumber sejarah, termasuk catatan kolonial dan tradisi lisan, bagi memahami kedudukan jalan penarikan sebagai kesinambungan logik kepada sistem sungai pra-kolonial. Dalam kerangka ini, jalan penarikan ditafsirkan bukan sekadar sebagai laluan fizikal yang bersifat utilitarian, tetapi sebagai komponen struktur yang membentuk jaringan mobiliti, ekonomi dan politik masyarakat Melayu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa jalan penarikan berfungsi sebagai infrastruktur mobiliti dalaman yang menyepadukan lembangan sungai, sekali gus memungkinkan pergerakan manusia, pengedaran barangan dan pembentukan hubungan sosial berlangsung secara terancang tanpa kebergantungan mutlak kepada laluan laut terbuka yang terdedah kepada risiko cuaca dan ancaman kuasa luar. Laluan ini menyokong perkembangan perdagangan pedalaman, pengurusan ruang yang lebih sistematik serta pengukuhan aspek keselamatan, terutamanya dalam konteks persaingan geopolitik dan tekanan penjajahan kolonial. Jalan penarikan turut berperanan sebagai wahana kesinambungan mobiliti dan kelangsungan struktur sosial ketika jaringan maritim pesisir mengalami gangguan. Selain dimensi material dan strategik, penggunaan jalan penarikan mencerminkan pandangan alam Melayu Islam yang menekankan prinsip adaptasi ekologi, keseimbangan alam serta etika pengurusan ruang berteraskan amanah dan maslahah. Sehubungan itu, kajian ini merumuskan bahawa tamadun maritim Alam Melayu tidak wajar difahami secara terhad melalui kerangka laut-sentrik semata-mata, sebaliknya perlu ditafsir dalam konteks sistem maritim sungai yang berasaskan jaringan sungai dan laluan dalaman. Sumbangan utama kajian ini ialah pembentukan kerangka konseptual yang meletakkan jalan penarikan sebagai elemen integral dalam memahami dinamika tamadun maritim sungai, sekali gus memperkaya wacana sejarah, maritim dan mobiliti pra-kolonial Alam Melayu secara lebih menyeluruh dan berimbang.

This study examines the role of Jalan Penarikan (portage routes) as a core structural element in the formation of river-based maritime civilization in the Malay World, with particular focus on Peninsular Malaysia and the Pahang region. Employing a qualitative and descriptive historical approach, the study synthesizes findings from local scholarship, archaeological evidence, and historical sources to understand portage routes as a logical extension of pre-colonial river systems. The findings demonstrate that portage routes functioned as internal mobility infrastructure that integrated human movement, commodity flows, and social interaction without reliance on open-sea navigation. These routes supported inland trade, spatial governance, and security, and continued to play a strategic role during periods of colonial pressure by enabling mobility beyond colonial surveillance. Furthermore, the use of portage routes reflects a Malay Islamic worldview emphasizing ecological adaptation, environmental balance, and ethical spatial management grounded in the principles of amanah (trust) and maslahah (public benefit). The study concludes that Malay maritime civilization cannot be adequately understood through ocean-centric frameworks alone but must be interpreted through a river-based maritime system incorporating rivers and inland connectors. The main contribution of this study lies in establishing portage routes as an integral component of riverine maritime civilization, thereby enriching historical, maritime, and mobility discourses on the pre-colonial Malay World.

Downloads

Published

2026-03-11