Sumbangan dan Transformasi Sultan Suleyman al-Qanuni (1494M-1566M) dalam Bidang Perubatan Dawlah Uthamniyyah [Contributions and Transformations of Sultan Suleyman al-Qanuni (1494–1566) in the Medical Field of The Ottoman]

Authors

  • Ahmad Sobrie Ab Rahman Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Mohamad Zaidin Mohamad Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Noorsafuan Che Noh Universiti Sultan Zainal Abidin

Keywords:

dawlah ʿUthmāniyyah, Kulliye, Kulliye Suleymaniye Ottoman, Kulliye, Kulliye Suleymaniye

Abstract

Kajian ini bertitik tolak dari kenyataan Rogers (1982), Necipoglu (1985), Kuban (1987), Kolay & Celik (2006), Ergin (2008), Bakir & Basagaoglu (2009), Ediz & Ostwald (2012), Sakr (2014), Kan et.al (2019) dan Avcioglu (2024) bahawa kajian mengenai kulliye hanya tertumpu kepada reka bentuk seni binanya sahaja dan perlunya kepada penerokaan dalam menilai Kulliye Suleymaniye dari aspek yang berbeza. Di samping itu juga, kepentingan untuk mengkaji pembangunan perbandaran berasaskan kulliye pada masa kini masih lagi tidak banyak diterokai sedangkan model ini telah berjaya pada suatu ketika dahulu khasnya semasa era dawlah Uthmaniyyah. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis konsep perbandaran dawlah 'Uthmaniyyah dan menganalisis asimilasi konsep perbandaran dawlah 'Uthmaniyyah terhadap Kulliye Suleymaniye. Kajian ini bersifat kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian sejarah. Kajian ini bersifat kajian kualitatif dengan menggunakan metodologi analisis teks. Data kajian diperoleh melalui dokumen bertulis seperti buku, jurnal, manuskrip, artikel persidangan, tesis dan sebagainya. Data juga diperoleh melalui pemerhatian yang dijalankan di Kulliye Suleymaniye, Istanbul, Turkiye. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat lima elemen perbandaran dawlah 'Uthmaniyyah yang diketengahkan dalam Kulliye Suleymaniye. Pertama kedudukan semula jadi yang strategik, kedua pembinaan masjid sebagai nadi utama perbandaran, ketiga pembangunan pentadbiran yang sistematik, keempat pembangunan intelektual dan pendidikan serta kelima pembangunan fizikal kulliye. Justeru Kulliye Suleymaniye telah mengasimilasi lima elemen perbandaran dawlah ?Uthm?niyyah dalam pembinaannya.

This study departs from the statements of Rogers (1982), Necipoglu (1985), Kuban (1987), Kolay & Celik (2006), Ergin (2008), Bakir & Basagaoglu (2009), Ediz & Ostwald (2012), Sakr (2014), Kan et.al (2019) dan Avcioglu (2024) who make a report that the study of kulliye is only focused on its architectural design and the need for exploration in evaluating Kulliye Suleymaniye from different aspects. In addition to that, the importance of studying urban development based on kulliye nowadays is still not explored much while this model was successful in the past especially during the Ottoman era. Thus, this study is carried out to analyze the concept of Ottoman urbanism and its assimilation in the Suleymaniye Kulliye. By using quantitative research based on using historical research design, the data for this study are collected through textual approach. Meantime, the analysis is done using descriptive approach. Research data were obtained from written documents such as books, journals, manuscripts, conference articles, theses, and observations conducted at the Suleymaniye Kulliye, Istanbul, Turkey. The findings show that there are five elements of Ottoman urbanism highlighted in the Suleymaniye Kulliye. First, a strategic natural location, second, the construction of a mosque as the main hub of urbanization, third, systematic administrative development, fourth, intellectual and educational development, and fifth, physical development of the kulliye. Thus, the Suleymaniye Kulliye has assimilated five elements of Ottoman urbanism in its construction.

Downloads

Published

2026-01-04