Tanah Simpanan Awam (Hima) dan Hubungannya dengan Pemeliharaan Alam Sekitar [Public Reserved Land (Hima) and Its Relationship with Environmental Conservation]

Authors

  • Abdul Basir Mohamad Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nurbazla Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Md. Yazid Ahmad Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Tanah simpanan awam, hima, alam sekitar, ekologi, ekosistem, kelestarian alam sekitar Public reserved land, hima, environment, ecology, ecosystem, environmental sustainability

Abstract

Konsep tanah simpanan (hima) atau merizabkan tanah simpanan untuk masyarakat awam bukanlah sesuatu yang asing dalam Islam, malah telah diamalkan sejak zaman Rasulullah SAW dan diteruskan oleh Khulafa’ al-Rashidin. Walaupun amalan ini telah wujud dalam masyarakat Arab pra-Islam, tujuannya ketika itu lebih bersifat eksklusif dan penentuan keluasan tanah adalah berorientasikan kepentingan peribadi golongan bangsawan serta bukan bertujuan untuk kelestarian alam sekitar. Situasi in telah menyekat keperluan masyarakat awam untuk memilik dan membangunkan tanah kerana perlu meminta keizinan pemiliknya. Apabila kedatangan Islam, Rasulullah SAW melarang amalan yang diamalkan oleh para pembesar Arab tersebut kerana tindakan sedemikian boleh menyempitkan kawasan tanah bagi kemudahan orang awam. Permasalahan kajian ini timbul apabila konsep hima yang bersifat ekologi dan awam kurang difahami serta sering disalah tafsir sebagai sekatan terhadap pemilikan individu. Lebih-lebih lagi ia boleh merosakkan keseimbangan ekosistem dan ekologi alam persekitaran. Objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan konsep hima menurut perspektif hukum Islam dan meneliti hubungannya dengan usaha pemeliharaan alam sekitar. Kajian kualitatif ini menggunakan metode kajian kepustakaan melalui analisis dokumen yang diteliti daripada sumber primer dan sekunder. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan hima oleh Rasulullah SAW, seperti pewartaan kawasan Naqi‘ di Madinah, merupakan dasar awal pengurusan sumber alam secara lestari dalam Islam. Konsep ini menegaskan tanggungjawab pemerintah untuk mengurus dan merizabkan kawasan tertentu bagi kepentingan awam serta kelestarian alam sekitar. Implikasinya, pendekatan hima wajar dijadikan model rujukan dasar pengurusan tanah dan alam sekitar moden berteraskan nilai Syariah dan pembangunan mampan.

The concept of reserved land (hima), or the designation of land for public benefit, is not foreign to Islam. It has been practiced since the time of the Prophet Muhammad (peace be upon him) and continued under the Khulafa’ al-Rashidin. Although the practice existed among pre-Islamic Arab societies, its purpose was exclusive, with land allocation based on the personal interests of the nobility rather than environmental sustainability. This system restricted public access to land ownership and development, as permission from elite holders was required. With the advent of Islam, the Prophet Muhammad (peace be upon him) prohibited such practices to ensure that land remained accessible for public use. The issue addressed in this study arises from the limited understanding of the hima concept, which is ecological and public in nature but is often misinterpreted as a restriction on private ownership. Such misconceptions can harm environmental and ecological balance. This study aims to explain the concept of hima from the perspective of Islamic law and to explore its relevance to environmental conservation efforts. Using a qualitative library-based approach, this research analyzes both primary and secondary sources. The findings indicate that the implementation of hima by the Prophet Muhammad (peace be upon him) such as the designation of the Naqi‘ area in Madinah represents an early Islamic model of sustainable natural resource management. The hima system underscores the responsibility of governing authorities to reserve and manage specific areas for public welfare and environmental preservation. Consequently, the hima approach offers valuable insights for developing modern land and environmental management policies grounded in Shariah principles and sustainable development.

Downloads

Published

2025-09-30