Tahap Keyakinan dalam Dialog Nabi Ibrahim A.S.: Analisis Konsep ‘Ilm al-Yaqin, ‘Ayn al-Yaqin dan Haqq al-Yaqin sebagai Model Dakwah Kontemporari

[Levels of Certainty in The Dialogue of Prophet Ibrahim (A.S.): An Analysis of The Concepts of ‘Ilm al-Yaqin, ‘Ayn al-Yaqin and Haqq al-Yaqin as a Model for Contemporary Da‘wah]

Authors

  • Munirah Imran Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Wan Nasyrudin Wan Abdullah Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Siti Nurwanis Mohamed Universiti Malaya

Keywords:

Dialog Nabi Ibrahim a.s., ‘Ilm Al-Yaqīn, ‘Ayn Al-Yaqīn, Ḥaqq Al-Yaqīn, Model Dakwah Prophet Ibrahim’s Dialogue Da’wah Model

Abstract

Fenomena keraguan terhadap kewujudan Tuhan semakin menonjol, khususnya kalangan generasi muda yang terdedah kepada pemikiran saintifik, sekularisme serta ateisme yang tersebar melalui media. Kajian ini bertujuan menganalisis bentuk serta kandungan dialog Nabi Ibrahim a.s. yang dirakam dalam al-Qur’an berkaitan pencarian Tuhan, dengan menekankan tiga tahap keyakinan dalam epistemologi Islam, iaitu ‘ilm al-yaq?n (keyakinan berasaskan ilmu), ‘ayn al-yaq?n (keyakinan berasaskan pengamatan), dan ?aqq al-yaq?n (keyakinan hakiki berasaskan pengalaman rohaniah). Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk analisis tematik terhadap ayat-ayat al-Qur’an dan tafsir-tafsir utama bagi mengenalpasti struktur pemikiran dan strategi hujah yang digunakan oleh Nabi Ibrahim a.s. Hasil kajian memperlihatkan bahawa pendekatan dakwah Nabi Ibrahim a.s. yang berasaskan pembinaan keyakinan secara bertahap tersebut diantara usaha bagi menangani pelbagai bentuk keraguan. Strategi yang merangkumi dimensi rasional, pengalaman langsung dan penghayatan rohani menawarkan satu kerangka dakwah yang bersifat inklusif, adaptif dan sesuai bagi pelbagai latar belakang audiens. Kajian ini mencadangkan agar pendekatan dialogik Nabi Ibrahim a.s. dijadikan model strategik dalam menangani cabaran ideologi moden.

The phenomenon of doubt in the existence of God is becoming increasingly apparent, particularly among younger generations who are exposed to scientific thought, secularism, and the influence of digital media that widely disseminates atheistic ideologies. This study aims to analyze the form and content of Prophet Ibrahim’s (peace be upon him) dialogue as recorded in the Qur’an concerning the search for God, with a focus on the three levels of certainty in Islamic epistemology: ‘ilm al-yaq?n (certainty based on knowledge), ‘ayn al-yaq?n (certainty based on observation), and ?aqq al-yaq?n (ultimate certainty based on spiritual experience). Employing a qualitative thematic analysis approach, this study examines selected Qur’anic verses alongside major classical tafsir works to identify the structure of reasoning and argumentative strategies employed by the Prophet Ibrahim. The findings indicate that Prophet Ibrahim’s approach to da’wah, which is based on a gradual development of conviction, is among the efforts to address various forms of doubt. The strategy, encompassing rational reasoning, direct experiential engagement, and deep spiritual internalization, offers an inclusive and adaptive framework suitable for diverse audience backgrounds. This study proposes that the dialogical method of Prophet Ibrahim be adopted as a strategic model for confronting modern ideological challenges.

Downloads

Published

2025-06-30