Pengukuhan Etos Melayu Melalui Wacana Agama dalam Sabil al-Muhtadin Karya Syeikh Muhammad Arshad al-Banjari [Strengthening The Malay Ethos Through Religious Discourse in Sabil al-Muhtadin by Shaykh Muhammad Arshad al-Banjari]

Authors

  • Wan Nasyrudin Wan Abdullah Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Muammar Ghaddafi Hanafiah Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Arshad al-Banjari; Etos Melayu; globalisme; nilai-nilai Melayu; Sabil al-Muhtadin Malay Ethos; globalism; Malay values

Abstract

Etos Melayu berperanan sebagai asas kontrak sosial, pengukur moral, panduan pergaulan serta rujukan utama dalam mengekalkan kestabilan masyarakat Melayu. Etos ini juga merupakan faktor penting yang membentuk ciri dan keperibadian bangsa Melayu. Namun, arus globalisasi dan pengaruh nilai moden seperti sekularisme dan pluralisme telah membawa perubahan terhadap etos tradisional ini. Oleh itu, kajian terhadap Etos Melayu perlu dijalankan bagi memastikan nilai dan jati diri bangsa terus dipertahankan. Kajian ini meneliti teks agung Sabil al-Muhtadin karya Syeikh Muhammad Arshad al-Banjari dengan menggunakan teori dan konsep Etos Melayu sebagai kerangka analisis. Pendekatan kualitatif berasaskan analisis kandungan digunakan bagi meneliti nilai-nilai yang terkandung dalam teks tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa Sabil al-Muhtadin dibangunkan sepenuhnya di atas asas nilai-nilai syarii yang universal iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Nilai-nilai ini menjadi inti pati kepada nilai agama, yakni nilai dominan yang membentuk Etos Melayu-Islam. Kajian ini mendapati bahawa nilai-nilai tersebut telah dihidupkan dan diperkukuh oleh para agamawan Melayu dalam usaha membentuk masyarakat yang berfikiran jernih, berkeperibadian mulia dan berperadaban tinggi selaras dengan lunas-lunas Islam.

The Malay ethos serves as the foundation of the social contract, a moral compass, a guide for social interaction, and a principal reference in maintaining the stability of Malay society. This ethos is also a crucial factor shaping the character and identity of the Malay people. However, the waves of globalization and the influence of modern values such as secularism and pluralism have brought significant changes to this traditional ethos. Therefore, a study of the Malay ethos is necessary to ensure that the values and identity of the nation are preserved. This study examines the classical text Sabil al-Muhtadin by Shaykh Muhammad Arshad al-Banjari by employing the theory and concept of the Malay ethos as its analytical framework. A qualitative approach based on content analysis is utilized to explore the values embedded within the text. The findings reveal that Sabil al-Muhtadin is fundamentally constructed upon universal shar?i values—namely, the preservation of religion, life, intellect, lineage, and property. These values form the essence of religious values, which are the dominant components shaping the Malay-Islamic ethos. The study concludes that these values have been revived and strengthened by Malay scholars in their efforts to cultivate a community with clear thinking, noble character, and a high level of civility in accordance with Islamic principles.

Published

2025-11-10