Sorotan Literatur Kes Perwarisan al-Mafqud di Malaysia

Authors

  • Nur Adni Md Shukri
  • Noor Lizza Mohamed Said

Keywords:

Harta Pusaka, al-Maqfud, Syariah, Undang-undang

Abstract

Permasalahan al-mafqud merupakan satu isu yang sering diperkatakan dewasa ini. Terdapat garis panduan yang diperuntukkan Islam untuk menangani masalah dan isu-isu tersebut. Tidak dapat dinafikan bahawa kedudukan al-mafqud telah dibincangkan secara panjang lebar dalam kalangan ulama terdahulu dan ulama kontemporari bagi membolehkan perkara-perkara yang bersangkutan dapat diselesaikan seperti pembubaran perkahwinan, perwalian, perwarisan dan hak-hak ahli waris. Artikel ini memfokuskan kepada kes-kes al-mafqud orang Islam yang berlaku di Malaysia dan bagaimana perwarisan al-mafqud diselesaikan mengikut perundangan di Malaysia. Metode kajian ini adalah melalui pendekatan kualitatif yang mana rujukannya berbentuk kepustakaan

Published

2019-09-20