Peranan Tanda Waqf dan Ibtida' Berwarna dalam Membantu Pemahaman Makna: Tinjauan Terhadap Surah Yasin dalam Mashaf al-Nibras [The Role of Coloured Waqf and Ibtida’ Signs in Enhancing Comprehension of Meaning: a Study of Surah Yasin in The Mashaf al-Nibras]

Authors

  • Rus Auni Zulkpli Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Wan Khairul Aiman Wan Mokhtar Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Mohd Mustaffami Imas Universiti Sultan Zainal Abidin

Keywords:

Waqf dan Ibtidā’, Mashaf al-Nibras, Surah Yasin, Pemahaman Makna, Kod Warna Waqf and Ibtidā’, Mashaf al-Nibras, Surah Yasin, Semantic Understanding, Color-Coding

Abstract

Ilmu Waqf wal-Ibtida’ adalah fundamental dalam pengajian al-Quran kerana ia berfungsi untuk memelihara integriti dan kesempurnaan makna wahyu. Namun, aplikasinya yang berpaksikan kaedah linguistik bahasa Arab yang kompleks sering menjadi cabaran besar bagi pembaca awam, yang berisiko berhenti pada tempat yang salah dan menyebabkan kekeliruan makna. Menyedari hal ini, artikel ini bertujuan untuk meninjau peranan sistem kod warna waqf dan ibtida’ dalam Mashaf al-Nibras sebagai satu inovasi untuk menangani cabaran tersebut. Melalui analisis kualitatif terhadap contoh-contoh ayat terpilih dari Surah Yasin, kajian ini mengkaji bagaimana panduan visual ini berfungsi secara praktikal. Dapatan menunjukkan bahawa penggunaan kod warna merah dan hijau secara efektif membimbing pembaca untuk berhenti pada sempadan unit makna yang lengkap, sekali gus mengelakkan waqf yang berpotensi mencacatkan mesej ayat. Kajian ini merumuskan sistem pewarnaan ini adalah alat bantu pedagogi berkesan bagi masyarakat awam, walaupun ia tidak menggantikan keperluan merujuk kepada ilmu tafsir dan bahasa Arab untuk pemahaman mendalam.

The science of Waqf and Ibtida’ (the rules of pausing and starting recitation) is fundamental in Qur'anic studies as it serves to preserve the integrity and perfection of the divine message's meaning. However, its application, which is based on complex Arabic linguistic rules, often poses a significant challenge for the lay reader, creating a risk of pausing at incorrect places, which can lead to semantic confusion. Recognizing this, this article aims to review the role of the color-coded waqf and Ibtida’ system in the Mashaf al-Nibras as an innovation designed to address this challenge. Through a qualitative analysis of selected verses from Surah Yasin, this study examines the practical function of this visual guide. The findings indicate that the use of red and green color codes effectively guides the reader to pause at the boundaries of complete semantic units, thereby preventing pauses that could distort the message of the verse. This study concludes that the color system is an effective pedagogical tool for the public, although it does not replace the necessity of consulting the sciences of Tafsir (exegesis) and the Arabic language for a profound understanding.

Downloads

Published

2025-12-03