Memartabatkan Ilmu Qiraat di Pantai Timur: Sorotan Perkembangan Institusi dan Sumbangan Tokoh Qurra' di Negeri Terengganu
[The Establishment of ‘Ilm of Qiraat on The East Coast: Highlighting the Development of Institutions and Contributions of Qurra' Figures in The State of Terengganu]
Keywords:
ilmu qiraat, institusi tahfiz, kolej al-quran terengganu, institut pengajian islam, sejarah perkembangan qiraat, riwayat warsy dan hafsAbstract
Artikel ini membincangkan perkembangan Ilmu Qiraat di Malaysia dengan memberi fokus kepada Negeri Terengganu sebagai salah satu pusat penting pengajian al-Quran di Pantai Timur. Perbincangan ini bertujuan untuk meneliti sejarah kemunculan dan pengukuhan institusi tahfiz yang menawarkan pengajian Qiraat serta menilai sumbangan tokoh Qurra’ tempatan dalam memartabatkan ilmu Qiraat. Pendekatan kajian adalah berbentuk kualitatif melalui analisis dokumen, sumber sejarah, laporan institusi serta karya ilmiah berkaitan pendidikan tahfiz dan Ilmu Qiraat. Hasil kajian menunjukkan bahawa perkembangan Ilmu Qiraat di Terengganu bermula secara tersusun dengan penubuhan Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Terengganu pada tahun 1984 sebelum dikukuhkan lagi melalui penubuhan Kolej al-Quran Terengganu (KQT) dan Institut Pengajian Islam (INSPI). Institusi-institusi ini berperanan penting dalam menyelaraskan pembelajaran Qiraat secara formal tanpa mengabaikan kaedah tradisional talaqqi dan musyafahah yang bersanad. Selain itu, kajian ini telah memperlihatkan peranan penting oleh Haji Mohamad bin Haji Awang Kechik atau Haji Mat Lintar sebagai tokoh Qurra’ yang terkenal di Terengganu. Sumbangan beliau dalam penguasaan Qiraat N?fi‘ Riwayat Warsy, peranan beliau sebagai imam dan pendidik serta usaha untuk menubuhkan Persatuan Qurra’ Terengganu telah menyumbang kepada penyebaran ilmu Qiraat yang sahih dalam kalangan masyarakat. Kesimpulannya, pemartabatan Ilmu Qiraat di Terengganu perlu disokong oleh gabungan peranan institusi pendidikan dan tokoh ilmuwan yang sekali gus memastikan aspek al-Riwayah dan al-Dirayah dalam pengajian al-Quran selaras dengan manhaj yang muktabar.
This article examines the development of the Science of Qira’at in Malaysia, focusing on the state of Terengganu as a prominent centre for Quranic studies on the East Coast. The discussion aims to explore the history of the emergence and consolidation of tahfiz institutions offering Qira’at studies and to assess the contributions of local Qurra’ personalities in elevating the discipline. The research employs a qualitative approach, utilising document analysis, historical sources, institutional reports, and scholarly works related to tahfiz education and the Science of Qira’at. The findings indicate that the development of Qira’at in Terengganu began in an organised manner with the establishment of the Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Terengganu in 1984, and was further strengthened by the subsequent founding of the Terengganu Quranic College (KQT) and the Institute of Islamic Studies (INSPI). These institutions play a crucial role in formalising Qira’at learning without neglecting the traditional sanad-based methods of talaqqi and musyafahah. Furthermore, the study highlights the significant role of Haji Mohamad bin Haji Awang Kechik, also known as Haji Mat Lintar, as a renowned Qurra’ figure in Terengganu. His contributions—demonstrated through his mastery of the Qira’at of N?fi‘ via the Riwayat Warsy, his roles as an imam and educator, and his efforts in establishing the Terengganu Qurra’ Association—have been instrumental in disseminating authentic Qira’at knowledge within the community. In conclusion, the elevation of the Science of Qira’at in Terengganu requires sustained support from a combination of educational institutions and scholarly figures, thereby ensuring the aspects of al-Riwayah (narration) and al-Dirayah (comprehension) in Quranic studies remain aligned with authoritative methodologies.












