Tinjauan Literatur Gaya Bahasa al-Qasr [Literature Review on The Rhetorical Style of al-Qasr]

Authors

  • Haziq Aqmar Khairil Anuar Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Md Nor Abdullah Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

al-Qasr, gaya bahasa Arab, balaghah, tinjauan literatur, analisis tematik al-Qasr, Arabic rhetorical style, balaghah, literature review, thematic analysis

Abstract

Kajian ini bertujuan meninjau corak, kecenderungan dan arah penyelidikan mengenai gaya bahasa al-Qasr dalam disiplin balaghah dan linguistik Arab. Gaya al-Qasr merupakan antara unsur terpenting dalam bahasa Arab kerana fungsinya sebagai alat penegasan dan pembatasan makna yang memperkukuh daya hujah serta ketepatan mesej dalam komunikasi. Walaupun pelbagai penyelidikan telah dijalankan, masih belum terdapat kajian komprehensif yang meneliti tinjauan literatur berkaitan gaya bahasa ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis tematik terhadap 45 kajian lepas meliputi artikel jurnal, tesis, disertasi, buku dan prosiding dalam rentang tahun (1993-2024). Hasil analisis mendapati bahawa penyelidikan terdahulu banyak memfokuskan aspek retorik dan keindahan makna, diikuti kajian teknik al-Qasr. Teks al-Qur’an muncul sebagai korpus paling dominan, manakala pendekatan deskriptif-analitik dan teori balaghah klasik masih mendasari kebanyakan penyelidikan berbanding teori linguistik moden. Secara keseluruhan, kajian ini diharap dapat memberikan gambaran menyeluruh tentang landskap penyelidikan al-Qasr, sekali gus menjadi asas bagi pembentukan tema dan pendekatan baharu dalam kajian lanjutan.   

This study aims to review the patterns, trends, and directions of research on the rhetorical style of al-Qasr within the disciplines of Arabic rhetoric (balaghah) and linguistics. The al-Qasr style is one of the most important elements in the Arabic language due to its function as a tool of emphasis and semantic restriction, strengthening argumentative force and precision of message in communication. Although numerous studies have been conducted, there has not yet been a comprehensive review focusing on the existing literature related to this rhetorical style. This study employs a qualitative approach through thematic analysis of 45 previous studies, including journal articles, theses, dissertations, books, and conference proceedings, covering the period from 1993 to 2024. The findings reveal that most previous research has focused on rhetorical and semantic aesthetics, followed by studies on the techniques of al-Qasr. The Qur’anic text emerges as the most dominant corpus, while descriptive-analytical approaches and classical balaghah theories continue to underpin most studies compared to modern linguistic theories. Overall, this review is expected to provide a comprehensive overview of the research landscape on al-Qasr, thereby serving as a foundation for the development of new themes and approaches in future studies.

Downloads

Published

2025-09-30