Peranan Kecerdasan Buatan sebagai Medium Pembelajaran Kemahiran Bahasa Arab [The Role of Artificial Intelligence as a Medium for Learning Arabic Language Skills]
Keywords:
Kecerdasan buatan, Medium pembelajaran, Kemahiran Bahasa Arab, Teknologi pendidikan Artificial Intelligence, Learning Medium, Arabic Language Skills, Educational TechnologyAbstract
Kajian ini membincangkan peranan kecerdasan buatan (AI) sebagai medium pembelajaran kemahiran bahasa Arab yang merangkumi empat aspek utama iaitu mendengar (istim?‘), bertutur (kal?m), membaca (qir?’ah) dan menulis (kit?bah). Keempat-empat kemahiran ini menjadi teras penguasaan bahasa yang seimbang, namun pencapaian pelajar bukan penutur jati sering kali kurang memuaskan. Permasalahan ini berpunca daripada penggunaan kaedah pembelajaran tradisional yang bersifat statik, kurang interaktif dan terbatas dari segi fleksibiliti sehingga gagal memenuhi keperluan pembelajaran abad ke-21 yang memerlukan pendekatan lebih dinamik serta berpusatkan pelajar. Sehubungan itu, objektif kajian ini adalah untuk meneliti peranan AI sebagai medium pembelajaran yang bersifat peribadi dan adaptif serta menganalisis kesannya terhadap penguasaan empat kemahiran bahasa Arab. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif dengan kaedah tinjauan literatur dan analisis kandungan terhadap jurnal akademik dan artikel yang berkaitan dengan penggunaan AI dalam pendidikan bahasa. Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan banyak aplikasi AI eperti ChatGPT, Qalam AI, Chatbot, Text-to-Speech (TTS), Lingbe dan Suno.AI yang membantu dalam meningkatkan setiap kemahiran dan memberi kesan baik terhadap motivasi pelajar, meningkatkan penglibatan aktif, dan juga memperkukuh pencapaiannya. Jelas bahawa teknologi kecerdasan buatan (AI) turut membantu para guru menyesuaikan bahan pengajaran mengikut tahap pelajar dan menyediakan maklum balas secara segera. Kajian ini mencadangkan pengintegrasian teknologi AI secara sistematik dalam kurikulum serta penyediaan latihan khusus kepada guru bagi memastikan penggunaan AI dapat dimanfaatkan secara optimum. Penyelidikan lanjutan secara empirikal juga disarankan bagi menilai keberkesanan AI dalam konteks pembelajaran bahasa Arab di institusi pendidikan Malaysia.
This study explores the role of Artificial Intelligence (AI) as a medium for learning Arabic language skills, encompassing four key aspects: listening (istim?‘), speaking (kal?m), reading (qir?’ah), and writing (kit?bah). These four skills form the foundation of balanced language proficiency, yet the achievement of non-native learners is often unsatisfactory. This issue stems from the use of traditional learning methods that are static, less interactive and limited in flexibility, thereby failing to meet the needs of 21st-century learning, which requires a more dynamic and learner-centred approach. Consequently, the objective of this study is to examine the role of AI as a personalised and adaptive learning medium and to analyse its impact on the acquisition of the four Arabic language skills. This research employs a qualitative design using literature review and content analysis of academic journals and articleslated to the use of AI in language education. The findings indicate that various AI applications such as ChatGPT, Qalam AI, Chatbots, Text-to-Speech (TTS), Lingbe and Suno.AI enhance each skill, positively affect student motivation, increase active engagement and strengthen performance. The results also demonstrate that AI technology assists teachers in tailoring instructional materials to students’ levels and provides immediate feedback. The study recommends the systematic integration of AI technology into the curriculum and the provision of specialised teacher training to ensure its optimal utilisation. Further empirical research is also suggested to evaluate the effectiveness of AI in the context of Arabic language learning in Malaysian educational institutions.












