Polemik Identiti Malaysia sebagai Negara Islam dalam Wacana Intelektual [The Polemics of Malaysia’s Identity as an Islamic State in Intellectual Discourse]
Keywords:
Identiti negara, Malaysia, Negara Islam, Negara Sekular. National Identity, Malaysia, Islamic State, Secular State.Abstract
Isu identiti Malaysia sebagai sebuah Negara Islam terus mencetuskan polemik dalam pelbagai wacana ilmiah dan politik. Walaupun Malaysia sering dikategorikan sebagai Negara Islam berdasarkan majoriti penduduk Muslim, sejarah pembentukan negara, serta kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, pelaksanaan prinsip-prinsip Islam dalam sistem pemerintahan dan perundangan masih menjadi perbahasan. Ketidaksepakatan ini telah menimbulkan pelbagai tafsiran dan justeru mewajarkan sorotan literatur terhadap wacana yang berkembang. Artikel ini bertujuan menganalisis wacana akademik berkaitan takrif identiti Malaysia sebagai Negara Islam. Kajian menggunakan reka bentuk kualitatif dengan pendekatan analisis dokumen terhadap artikel-artikel ilmiah yang diperoleh daripada pangkalan data Google Scholar dan ResearchGate. Dapatan menunjukkan wacana ini terbahagi kepada dua aliran utama: pertama, pandangan yang mengiktiraf Malaysia sebagai Negara Islam berdasarkan hujah sejarah, perundangan dan komposisi demografi; dan kedua, pandangan yang menolak pengiktirafan tersebut atas dasar realiti masyarakat majmuk serta tafsiran sekular terhadap Perlembagaan. Kajian ini mencadangkan keperluan kepada satu definisi yang lebih jelas dan kontekstual berkenaan Negara Islam dalam kerangka Malaysia, yang bersifat inklusif dan selari dengan maq??id syar?‘ah. Implikasi lanjut turut mencadangkan penyelidikan empirikal untuk menyokong pembinaan naratif kenegaraan yang lebih stabil, inklusif dan diterima semua pihak.
The question of Malaysia’s identity as an Islamic state continues to generate significant polemics in both academic and political discourses. Although Malaysia is often characterised as an Islamic state due to its Muslim-majority population, historical foundations, and the constitutional position of Islam as the religion of the Federation, the extent to which Islamic principles are implemented in governance and legal frameworks remains contested. These divergent views justify a critical literature review of the ongoing discourse. This article aims to analyse scholarly perspectives in defining Malaysia’s identity as an Islamic state. Employing a qualitative design, this study applies document analysis on academic articles retrieved from Google Scholar and ResearchGate. The findings reveal two dominant streams of thought: first, the view that affirms Malaysia as an Islamic state based on historical, legal, and demographic grounds; and second, the view that rejects such a classification, citing the pluralistic nature of Malaysian society and a secular interpretation of the Constitution. The study highlights the need for a clearer and more contextualised definition of an Islamic state in the Malaysian framework—one that is inclusive and aligned with the objectives of Islamic law (maq??id al-shar?‘ah). It also recommends further empirical research to support the development of a stable and widely accepted national identity narrative.