Integrasi Struktur Tari dan Lagu dalam Pembentukan Mod Persembahan Mek Mulung Abad ke-21 [Integration of Dance and Song Structure in The Formation of Performance Modes in Mek Mulung in The 21st Century]

Authors

  • Khairul Anuar Zainudin Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.
  • Mohd. Effindi Samsuddin Universiti Malaya

Keywords:

Mek Mulung, gerak tari, struktur dramatik, mod persembahan, tradisi, teori persembahan, adaptasi budaya.

Abstract

Artikel ini mengkaji integrasi antara struktur gerakan tari dan lagu dalam pembentukan mod persembahan teater tradisional Mek Mulung abad ke-21. Kajian ini bertujuan untuk memahami bagaimana hubungan antara pergerakan tari dan muzik menyumbang kepada pembentukan struktur dramatik yang kaya dengan makna budaya. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui temubual, pemerhatian aktif, dan analisis persembahan. Tiga kerangka teori utama digunakan untuk menyokong analisis, iaitu Teori Struktur Tarian oleh Adrienne L. Kaeppler, Teori Tradisi oleh Edward Shils, dan Teori Persembahan oleh Richard Schechner. Dapatan kajian menunjukkan bahawa gerakan tari dan lagu dalam Mek Mulung berfungsi bukan sahaja sebagai elemen naratif yang memperkukuh cerita, tetapi juga sebagai mekanisme penting dalam pelestarian dan penghidupan semula warisan budaya. Dalam konteks ini, Mek Mulung menggambarkan bagaimana seni persembahan tradisional dapat terus relevan dalam dunia moden dengan mengekalkan elemen-elemen tradisi serta prinsip performatif yang dinamik. Kajian ini memberi sumbangan dalam memahami bagaimana seni persembahan tradisional berupaya beradaptasi dan tetap signifikan dalam era kontemporari, sekaligus memastikan kesinambungan nilai budaya yang terkandung di dalamnya. Mek Mulung bukan sahaja sebagai medium hiburan, tetapi juga sebagai platform penting dalam pendidikan dan pelestarian identiti budaya bangsa.

This article examines the integration between the structure of movement and music in the formation of the performance mode of the traditional theatre of Mek Mulung in the 21st century. The aim of this study is to understand how the relationship between dance movements and music contributes to the creation of a dramatic structure rich in cultural meaning. This research employs a qualitative approach through interviews, active observations, and performance analysis. Three main theoretical frameworks are used to support the analysis: Adrienne L. Kaeppler's Dance Structure Theory, Edward Shils' Theory of Tradition, and Richard Schechner's Performance Theory. The findings of the study show that dance movements and music in Mek Mulung function not only as narrative elements that strengthen the story but also as key mechanisms in the preservation and revitalization of cultural heritage. In this context, Mek Mulung illustrates how traditional performing arts can remain relevant in the modern world by maintaining traditional elements while embracing dynamic performative principles. This study contributes to understanding how traditional performing arts can adapt and remain significant in the contemporary era, while ensuring the continuity of the cultural values embedded within them. Mek Mulung is not only a form of entertainment but also an important platform for education and the preservation of national cultural identity.

Published

2025-10-08