Antara Menghormati dan Melampau dalam Memuliakan Syeikh Tarekat [Between Respect and Excess in Venerating the Sufi Master (Shaykh of the ?ar?qah)]

Authors

  • Nik Ahmad Syahid Ramadhan Saibon Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nozira Salleh Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Kata kunci: Tarekat, Syeikh, Kemelampauan, Adab, Amalan Kerohanian

Abstract

Tarekat merupakan topik yang banyak diperbincangkan kerana banyak isu yang sering timbul di sekitarnya. Antara isu yang hangat diperbincangkan ialah berkenaan kemelampauan dalam memuliakan syeikh tarekat. Isu ini telah menjadi topik yang hangat dibicarakan kerana ianya melibatkan amalan kerohanian para penganut tarekat dan membawa implikasi yang besar kepada pengamalnya. Perkara ini dapat dilihat dalam beberapa kes di Malaysia, termasuk pengharaman Tarekat Naqsyabandiyah al-Aliyyah pada tahun 2022 oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis. Antara bentuk penyelewengan yang dikenal pasti termasuklah dakwaan bahawa syeikh dilantik secara langsung oleh Nabi Muhammad SAW, ketaatan mutlak yang diberikan kepada guru walaupun bertentangan dengan syariat, serta berlebihan dalam mengangkat seorang syeikh tarekat hingga ke tahap yang tidak sepatutnya. Fokus kajian ini adalah untuk mengkaji peranan dan kedudukan sebenar seorang syeikh di dalam tarekat, amalan-amalan dalam kalangan penganut tarekat yang menunjukkan kepada kemelampauan dalam memuliakan syeikh mereka, dan seterusnya adab dalam memuliakan syeikh tarekat yang bertepatan dengan ajaran Islam. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan pendekatan berbentuk kajian kepustakaan yang digunakan bagi mengumpulkan data-data dari pelbagai sumber. Seterusnya analisis teks turut dijalankan bagi memahami data-data yang diperoleh. Dapatan kajian mendapati bahawa syeikh memainkan peranan yang penting sebagai pembimbing rohani dan penyambung sanad keilmuan. Walaubagaimanapun penghormatan terhadap mereka perlu berada dalam batas syariat.  Sikap melampau dalam mengagungkan syeikh boleh membawa kepada sikap taasub yang menyeleweng daripada ajaran Islam dan mampu memberikan kesan kepada  akidah umat Islam. Selain itu, terdapat juga adab-adab yang telah digariskan oleh para ulama dalam perhubungan antara seorang murid dan guru termasuklah syeikh tarekat seperti mendoakan para guru, bersabar dalam bersahabat dengan guru dan bersyukur kepada guru tersebut atas ilmu dan manfaat yang telah diberikan.

The Sufi order (tarekat) is a topic that has been widely discussed due to the numerous issues that frequently arise around it. One of the most debated issues concerns the excessive glorification of the tarekat sheikh. This matter has become a heated topic because it involves the spiritual practices of tarekat adherents and carries significant implications for its practitioners. This can be observed in several cases in Malaysia, including the prohibition of the Naqshabandiyyah al-‘Aliyyah order in 2022 by the Perlis State Mufti Department. Among the identified deviations are claims that the sheikh was appointed directly by the Prophet Muhammad (peace be upon him), absolute obedience granted to the teacher even when contradicting Islamic law, as well as excessive elevation of a tarekat sheikh to an inappropriate level. The focus of this study is to examine the actual role and position of the sheikh within the tarekat, the practices among its adherents that demonstrate excessive glorification of their sheikh, and subsequently, the proper etiquette of honoring a tarekat sheikh in accordance with Islamic teachings. This research adopts a qualitative design, employing a library-based approach to collect data from various sources. Textual analysis was also conducted to interpret and understand the obtained data. The findings reveal that the sheikh plays a significant role as a spiritual guide and as a transmitter of the chain of knowledge (sanad). Nevertheless, respect towards them must remain within the limits prescribed by the Sharia. Excessive veneration of sheikhs may lead to deviant fanaticism that strays from the teachings of Islam and may affect the creed (?aq?dah) of Muslims. In addition, scholars have outlined proper etiquettes in the relationship between student and teacher, including tarekat sheikhs, such as praying for them, exercising patience in companionship with them, and showing gratitude for the knowledge and guidance imparted.

Published

2025-10-09