Faktor Penentu Kecenderungan Muzakki Membayar Zakat melalui Institusi Zakat: Suatu Kajian Konseptual [Determinants of Muzakki’s Inclination to Pay Zakat Through Official Institutions: A Conceptual Study]

Authors

  • Fathullah Asni Universiti Sains Malaysia
  • Muhammad Hamizan Mustafa Kamal Universiti Sains Malaysia

Keywords:

muzakki, zakat, institusi zakat, kecenderungan pembayaran, pengurusan zakat zakat institution, payment inclination, zakat management.

Abstract

Artikel ini bertujuan membina satu kerangka konseptual yang komprehensif berkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi kecenderungan muzakki (pembayar zakat) membayar zakat melalui institusi rasmi. Walaupun kewujudan institusi zakat yang diiktiraf secara perundangan telah diperkuatkan dengan dasar pentadbiran dan fatwa-fatwa semasa, realitinya masih ramai muzakki memilih untuk menunaikan zakat secara terus kepada asnaf tanpa melalui saluran institusi. Fenomena ini menimbulkan persoalan penting berkenaan tahap kepercayaan masyarakat terhadap institusi zakat serta keberkesanan sistem pengurusan zakat yang sedia ada. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif konseptual melalui sorotan literatur terdahulu yang merangkumi artikel jurnal akademik, laporan institusi dan prosiding berkaitan isu pengurusan zakat dan tingkah laku muzakki. Hasil sintesis tematik mengenal pasti sebelas faktor utama yang mempengaruhi keputusan muzakki, antaranya kepercayaan dan kredibiliti institusi, keagamaan dan keimanan, pengetahuan zakat, kualiti perkhidmatan, pendapatan, kesedaran jenama, pengaruh sosial, sikap membantu, tadbir urus, kemajuan teknologi, dan pendidikan. Kajian ini mencadangkan satu kerangka konseptual yang menggabungkan faktor psikososial, institusional dan teknologi dalam menganalisis kecenderungan muzakki. Dapatan ini memberi implikasi penting kepada institusi zakat, khususnya dalam merangka strategi komunikasi, pendekatan digital dan reformasi tadbir urus yang lebih efektif untuk meningkatkan tahap kepatuhan zakat melalui saluran rasmi. Kerangka ini juga membuka ruang untuk kajian empirikal lanjut bagi mengesahkan hubungan antara pemboleh ubah yang dikenal pasti.

This article aims to construct a comprehensive conceptual framework concerning the determinants that influence muzakki’s (zakat payers') inclination to pay zakat through formal institutions. Despite the existence of legally recognized zakat institutions that are reinforced by administrative policies and contemporary fatwas, many muzakki still prefer to distribute zakat directly to recipients (asnaf) without engaging official channels. This phenomenon raises critical questions regarding public trust in zakat institutions and the effectiveness of current zakat management systems. This study adopts a qualitative conceptual approach through an extensive review of previous literature, including academic journal articles, institutional reports, and conference proceedings related to zakat administration and muzakki behavior. Thematic synthesis reveals eleven key determinants that influence zakat payment decisions: institutional trust and credibility, religiosity and faith, zakat literacy, service quality, income level, brand awareness, social influence, altruistic behavior, governance framework, technological advancement, and education. The study proposes a conceptual model that integrates psychosocial, institutional, and technological factors in analyzing muzakki’s behavioral tendencies. These findings carry important implications for zakat institutions, especially in designing communication strategies, digital engagement, and governance reforms aimed at enhancing zakat compliance through official channels. This framework also provides a foundational basis for future empirical studies to validate the identified variables and their interrelationships.

Published

2025-09-05