Geneologi Wacana Negara Islam dalam Perspektif Pemikiran Islam Kontemporari [Genealogy of the Discourse on the Islamic State in the Perspective of Contemporary Islamic Thought]
Keywords:
Wacana Negara Islam, Pemikiran Politik Islam, Perundangan Islam, Model Madinah Islamic State Discourse, Islamic Political Thought, Islamic Jurisprudence, Madinah ModelAbstract
Konsep negara Islam telah menjadi perbahasan ilmuwan dan ulama Islam dalam pelbagai wacana sama ada dalam konteks falsafah, mahupun dari sudut fiqh dan perundangan Islam. Kepelbagaian pewacanaan ini mengambil kira kepelbagaian konteks, dan seringkali dihubungkan dengan negara Madinah yang diasaskan oleh Rasulullah SAW dari aspek pembentukan, kepimpinan, sistem pentadbiran dan perundangan dan sebagainya. Penulisan ini bertujuan membincangkan genealogi wacana negara Islam dalam konteks era klasik dan moden, serta menilainya dalam perspektif pemikiran Islam masa kini. Masukkan metodologi kajian. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen terhadap pandangan karya tokoh-tokoh Islam tentang konsep negara Islam. Pemikiran tokoh Islam klasik dan moden yang dirujuk adalah mewakili konteks yang dibahaskan serta membuka jalan tengah di antara kepelbagaian tersebut. Ia dibahagikan mengikut tema-tema yang dikenal pasti signifikan dan kemudiannya dibandingkan untuk menilai persamaan dan perbezaannya. Diskusi ini diharap dapat mengemukakan perspektif alternatif dalam wacana negara Islam di era kontemporari.
The concept of the Islamic state has long been the subject of debate among scholars and Muslim jurists across various discourses, whether within the framework of philosophy, jurisprudence, or Islamic legal thought. These discourses take into account diverse contexts and are often linked to the historical model of the Madinah polity established by the Prophet Muhammad (peace be upon him), particularly in relation to its formation, leadership, administrative system, and legal structure. This study aims to examine the genealogy of the discourse on the Islamic state in both classical and modern eras, while evaluating it through the lens of contemporary Islamic thought. Methodologically, this study employs document analysis of classical and modern Islamic scholars’ works on the concept of the Islamic state. The selected scholars’ ideas are thematically categorized and subsequently compared to identify key commonalities and distinctions. The discussion ultimately seeks to offer an alternative perspective on the discourse of the Islamic state in the contemporary era.