Pendekatan Nilai Akhlak Islam dalam Tarekat: Suatu Pendekatan Spiritualiti [The Approach of Islamic Moral Values in The Sufis Order: An Approach of Spirituality]

Authors

  • Nozira Salleh Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nurina Mardiyah Abd. Razak Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Akhlak, Tarekat, Tasawuf, Penyucian jiwa, Muslim Ethics, Order, Sufism, Purification of the soul, Muslim

Abstract

Situasi kini menyaksikan kebanyakan umat Islam di seluruh dunia sedang menghadapi pelbagai masalah dan krisis akhlak  yang sangat membimbangkan. Antara masalah akhlak tersebut ialah kecurian, rasuah, penagihan dadah, seks bebas, sumbang mahram, gangsterisme, pembuangan bayi dan lain-lain lagi. Dalam Islam, terdapat pelbagai pendekatan dan penyelesaian yang ditawarkan kepada umat Islam secara khususnya dalam pembinaan dan pembentukan akhlak mereka. Antara pendekatan tersebut ialah melalui tarekat. Tarekat yang diisi dengan ilmu dan amalan tasawuf dapat memperbaiki dan mempertinggikan akhlak setiap Muslim. Justeru itu, artikel ini meneroka peranan tarekat dalam pembentukan akhlak setiap Muslim. Metodologi yang digunakan dalam artikel ini berbentuk kajian kepustakaan dengan merujuk kepada buku-buku dan artikel-artikel yang berkaitan dengan tajuk. Secara mudahnya dapat dinyatakan bahawa tarekat yang berpandukan kepada ajaran al-Quran dan Sunnah mampu membentuk, memperelok, meninggi dan melahirkan akhlak yang unggul pada setiap Muslim. Dengan kata lain, ia secara jelasnya menunjukkan bahawa tarekat mampu mencegah masyarakat Muslim pada zaman kini daripada segala perbuatan tercela, malah ia dapat membentuk keperibadian dan akhlak yang mulia pada diri seseorang Muslim.

The current global situation shows that many Muslims are facing various serious moral and social crises. Among these issues are theft, corruption, drug addiction, promiscuity, incest, gangsterism, baby dumping and others. Islam offers a range of approaches and solutions to address these problems, particularly in the development and cultivation of moral character. One such approach is through the Sufis Order. Rooted in the teachings and practices of Sufism, the Sufis Orders have the potential to enhance and elevate the moral values of individual Muslims. This article explores the role of Sufis Order in shaping the moral character of Muslims. The methodology employed is a literature review based on relevant books and scholarly articles. It can be concluded that the Sufis Order, when guided by the teachings of the Qur’an and Sunnah, are capable of nurturing, improving, and producing exemplary moral conduct among Muslims. In other words, Sufis Order play a significant role in protecting Muslim societies today from immoral behavior and in cultivating noble character and personal integrity among believers.

Published

2025-09-04