Pendedahan Fahaman Millah Abraham dalam Buku Suhuf Abraham [Exposing the Doctrine of Millah Abraham in the Book Suhuf Abraham]
Keywords:
Akidah Islam, Ahli Sunah Waljamaah, Millah Ibrahim, Suhuf Abraham, al-Mahdi, Islamic Theology, SunniAbstract
Artikel ini menganalisis kandungan buku bertajuk Suhuf Abraham yang disebarkan secara terbuka di surau atau masjid dalam Malaysia. Buku Suhuf Abraham merupakan sebuah naskhah tanpa nama penulis dan penerbit. Kandungannya menyatakan matlamat sebagai panduan hidup adalah berdasarkan agama Allah SWT dan prinsip akidah tauhid. Meskipun kandungannya kelihatan menyentuh aspek asas seperti akidah, ibadah dan akhlak namun wujud elemen-elemen ideologi asing yang selari dengan gagasan Abrahamic Faith atau Millah Abraham. Kajian ini menilai isi kandungan buku tersebut melalui pendekatan kualitatif analisis teks dengan merujuk kepada fatwa dan pandangan ulama Ahli Sunah Waljamaah. Hasil kajian mendapati bahawa buku ini menyeleweng konsep ‘Millah Ibrahim’ daripada perspektif tauhid yang sebenar dan menyebarkan fahaman ‘penyatuan agama-agama’ (wah?dat al-ady?n) yang berteraskan pluralisme agama sekaligus bercanggah dengan akidah Islam dan merosakkan prinsip tauhid dalam pegangan Ahli Sunah Waljamaah. Artikel ini mengesyorkan agar Buku Suhuf Abraham disekat penyebarannya dan diberi peringatan sewajarnya agar masyarakat sedar akan kedudukan sebenar kandungannya yang membahayakan umat Islam.
This article analyzes the content of a book titled Suhuf Abraham, which has been openly distributed in ‘surau’ and mosque across Malaysia. The book is an anonymous publication, with no identified author or publisher. It claims to offer a life guide based on the religion of Allah Sub??nah wa Ta??l? and the principles of tawhidic belief. Although it appears to cover fundamental aspects such as creed (?aq?dah), worship (?ib?dah), and ethics (akhl?q), the text contains foreign ideological elements aligned with the ideas of the Abrahamic Faith or Millah Abraham. This study evaluates the book’s content using a qualitative textual analysis method, referencing fatwas and scholarly views from the Sunni orthodoxy (Ahl al-Sunnah wa al-Jam??ah). The findings reveal that the book distorts the true concept of Millah Ibr?h?m from the perspective of tawhid, and promotes the doctrine of religious unity (wah?dat al-ady?n) rooted in religious pluralism, a stance clearly opposed to Islamic creed and damaging to the core principles of Sunni theology. The article recommends that the distribution of Suhuf Abraham be banned and that appropriate public warnings be issued to raise awareness about its dangerous content and potential threat to Muslim faith.