Telefilem sebagai Medium Dakwah Kontemporari: Analisis Naratif dan Reaksi Netizen Terhadap Ajaran Sesat dalam Telefilem Ayat dari Langit

[The Telefilm as a Contemporary Medium of Da’wah: A Narrative Analysis and Netizens’ Reactions to Deviant Teaching in the Telefilm Ayat dari Langit]

Authors

  • Muhammad Shafiq Iqbal Abd. Rahman Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Muhammad Arif Yahya Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Media, Dakwah, Telefilem, Ajaran Sesat, Reaksi Netizen. Islamic Media, Da’wah, Telefilm Narrative, Religious Deviance, Social Media Responses

Abstract

Telefilem berperanan sebagai medium dakwah kontemporari yang mampu mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap isu-isu keagamaan. Kajian ini meneliti bagaimana naratif dalam telefilem Ayat dari Langit digunakan bagi menyampaikan mesej dakwah serta kesedaran tentang bahaya ajaran sesat kepada khalayak umum. Selain itu, kajian ini menganalisis respons dan interpretasi netizen terhadap telefilem tersebut melalui reaksi di media sosial khususnya di platform Facebook. Pendekatan kualitatif digunakan dengan menggabungkan analisis kandungan naratif, bahan sekunder seperti artikel, buku dan jurnal serta pemerhatian terhadap komen-komen netizen yang berkaitan. Hasil kajian mendapati bahawa telefilem ini bukan sahaja berfungsi sebagai hiburan tetapi turut memberi impak dakwah yang signifikan dengan membentuk wacana awam tentang isu akidah. Walau bagaimanapun, terdapat juga kritikan terhadap pendekatan penggambaran yang dianggap kurang sensitif dalam membincangkan isu kontroversi. Kajian ini menyimpulkan bahawa penghasilan karya media perlu lebih strategik dan beretika agar fungsi dakwah melalui media visual dapat dimanfaatkan secara berkesan dalam menangani fenomena ajaran sesat.

Telefilms serve as a contemporary medium of da'wah capable of influencing public perceptions on religious issues. This study explores how the narrative in the telefilm Ayat dari Langit is employed to convey messages of da'wah and raise awareness about the dangers of deviant teachings among the general audience. Additionally, the study analyses netizens’ responses and interpretations of the telefilm through reactions observed on social media, particularly on the Facebook platform. A qualitative approach is adopted by combining narrative content analysis, secondary sources such as articles, books, and journals, along with observations of relevant netizen comments. The findings reveal that this telefilm not only functions as a form of entertainment but also has a significant da'wah impact by shaping public discourse on matters of faith. Nevertheless, there are criticisms regarding the portrayal approach, which is perceived by some as lacking sensitivity in addressing controversial issues. The study concludes that the production of media content should be more strategic and ethical to ensure that the da'wah function of visual media is effectively utilised in addressing the phenomenon of deviant teachings.

Published

2025-08-27