Tujuan pelantikan Mushir di Terengganu semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III [The purpose of the appointment of Mushir in Terengganu during the reign of Sultan Zainal Abidin III (1757–1774)]

Authors

  • Izziah Suryani Mat Resad Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Pentadbiran di Terengganu, Sejarah Politik, Mushir, Pembaharuan Tadbir Urus, Sultan Zainal Abidin III Administration in Terengganu; Political History

Abstract

Penempatan ejen British di Terengganu selepas Perjanjian Bangkok 1909 merupakan permulaan cengkaman kekuasaan British ke atas negeri tersebut. Keberadaan mereka dalam pentadbiran Terengganu membolehkan British mempunyai wakil mereka memerhati dan memantau perjalanan pemerintahan negeri tersebut. Sehingga 1916, ejen-ejen Britsh sentiasa mendesak Sultan Zainal Abidin III dan para pembesar Terengganu melakukan pembaharuan dalam pemerintahan Terengganu. Sultan semakin menyedari ancaman British dan mencari jalan untuk mengelakkan mereka daripada menerima penjajahan British seperti yang berlaku di negeri-negeri Melayu yang lain. Justeru, baginda cuba mencari jalan supaya Kerajaan Terengganu tidak perlu tunduk kepada kehendak British dengan ‘meminjam’ seorang pegawai British yang berkhidmat dengan Kerajaan Terengganu. Pegawai British itu dikenali sebagai Mushir dalam pemerintahan negeri Terengganu. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneliti tujuan Sultan Zainal Abidin III memohon pelantikan Mushir dan kedudukan serta peranan Mushir dalam pemerintahan Terengganu. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan kajian sejarah, manakala kaedah pengumpulan data pula menggunakan pendekatan analisis kandungan. Hasil kajian mendapati Sultan Zainal Abidin III berhasrat untuk meminjam seorang pegawai British supaya berkhidmat dengan Kerajaan Terengganu seperti yang pernah dilakukan oleh Kerajan Johor bagi mengelakkan tekanan British yang semakin mengancam kemerdekaan Terengganu. Baginda berjaya meminjam seorang pegawai British, iaitu C.N. Maxwell yang kemudiannya dikenali sebagai Mushir dan berjaya mengelakkan campur tangan British dalam pemerintahan Terengganu sekurang-kurangnya sehingga kewafatan baginda pada tahun 1918. Disebabkan halangan yang terdapat dalam Undang-undang Tubuh bagi Diri Kerajaan Terengganu, pelantikan Maxwell sebagai President of the State Council tidak dapat dilakukan, sebaliknya pegawai British tersebut dilantik sebagai Mushir kepada Kerajaan Terengganu. Beliau berperanan sebagai penasihat kepada Sultan Zainal Abidin III untuk mengadakan pembaharuan dalam pemerintahan Terengganu. Namun, dengan kedudukannya sebagai Mushir atau penasihat, Sultan Zainal Abididn III tidak terikat untuk mematuhi ‘nasihatnya’ dalam pentadbiran Terengganu. Justeru, apabila pihak British mendapati ‘peminjaman’ Maxwell tidak memberikan hasil yang diharapkan oleh mereka, lantas perkhidmatan pegawai British tersebut telah ditamatkan.

The placement of British agents in Terengganu following the Bangkok Treaty of 1909 marked the beginning of British domination over the state. Their presence within Terengganu’s administration enabled the British to install representatives who could observe and monitor the affairs of state governance. Up until 1916, British agents persistently pressured Sultan Zainal Abidin III and the ruling elites of Terengganu to implement administrative reforms. The Sultan increasingly recognised the threat posed by British encroachment and sought ways to prevent Terengganu from succumbing to colonial rule, as had occurred in other Malay states. In response, Sultan Zainal Abidin III devised a strategy to preserve the sovereignty of Terengganu by ‘borrowing’ a British officer to serve under the Terengganu government. This officer was designated as a Mushir (advisor) within the state’s administrative framework. Accordingly, this study aims to examine the rationale behind the Sultan’s request for the appointment of a Mushir, as well as the position and role of the Mushir within the governance of Terengganu. This qualitative study adopts a historical approach, employing content analysis as the primary method of data collection. The findings reveal that Sultan Zainal Abidin III intended to replicate a precedent set by the Johor government, namely, the appointment of a British officer to serve locally, as a means of alleviating British pressure and protecting Terengganu’s independence. He succeeded in securing the services of C.N. Maxwell, a British officer who was subsequently known as the Mushir, effectively preventing direct British interference in the administration of Terengganu, at least until the Sultan’s death in 1918. Due to constitutional constraints stipulated in the Undang-undang Tubuh bagi Diri Kerajaan Terengganu (Terengganu State Constitution), Maxwell could not be appointed as ‘President of the State Council’. Instead, he was officially appointed as Mushir to the Terengganu government. In this capacity, he served as an advisor to Sultan Zainal Abidin III in matters of administrative reform. However, the advisory nature of his role meant that the Sultan was not bound to accept his recommendations. As such, when the British authorities realised that Maxwell’s secondment had failed to produce the intended outcomes, his service was subsequently terminated.

Published

2025-08-04