Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Muamalat dan Implikasinya dalam Kalangan Pelajar IPT [Teaching and Learning Arabic for Muamalat and Its Implications among Students in HEI’s]
Keywords:
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab, Muamalat, Kewangan Islam, Institusi Pengajian Tinggi, Pedagogi Bahasa, Pembangunan KurikulumAbstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kefahaman pelajar terhadap istilah dan konsep muamalat dalam bahasa Arab dan melihat impak pembelajaran terhadap pelajar dalam menggunakan bahasa Arab dalam konteks kewangan Islam di IPT Malaysia. Pendekatan kuantitatif telah digunakan melalui soal selidik dalam talian menerusi Google Form yang diedarkan kepada pelajar yang mengikuti kursus bahasa Arab muamalat. Seramai 75 orang responden telah dipilih menggunakan kaedah pensampelan bertujuan ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar mempunyai latar belakang dalam pembelajaran bahasa Arab dan memberikan persepsi positif terhadap pendekatan pengajaran yang digunakan khususnya dari segi kepelbagaian kaedah dan penyesuaian mengikut tahap penguasaan pelajar. Dari aspek pedagogi pula, tahap persetujuan yang tinggi dicatatkan terhadap kejelasan penyampaian konsep oleh pensyarah (97.3%) dan suasana pembelajaran yang interaktif (92%). Dari sudut impak pembelajaran, majoriti pelajar melaporkan kursus bahasa Arab meningkatkan kefahaman istilah muamalat (81.4%) serta keupayaan membezakan istilah yang berkaitan (78.6%). Kajian ini mencadangkan agar tenaga pengajar terus mempertingkatkan kepelbagaian kaedah pengajaran serta menghubungkan kandungan dengan realiti sebenar dalam kewangan Islam.
This study aims to assess students’ understanding of Arabic terms and concepts related to muamalat and to examine the impact of learning on their ability to use Arabic within the context of Islamic finance at higher education institutions in Malaysia. A quantitative approach was employed through the distribution of an online questionnaire via Google Forms, targeting students enrolled in Arabic muamalat courses. A total of 75 respondents were selected using purposive sampling. Findings indicate that the majority of students have a background in Arabic language learning and hold positive perceptions of the teaching approaches used, particularly in terms of methodological diversity and adaptation to students’ proficiency levels. From a pedagogical perspective, a high level of agreement was recorded regarding the clarity of concept explanation by lecturers (97.3%) and the creation of an interactive learning environment (92%). In terms of learning impact, most students reported that the course enhanced their understanding of muamalat terminology (81.4%) and improved their ability to distinguish between related terms (78.6%). This study recommends that instructors continue to enhance the diversity of teaching methods and link the content to real-world realities in Islamic finance.