Interaksi alam dengan manusia menurut perspektif ekokritik dalam puisi perang Ka’ab bin Malik [The interaction between nature ad humans form the perspective of ecocriticism in the war poetry of Ka’ab bin Malik]

Authors

  • Nurul Iman Mohamad Anuar Kamal Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nursafira Lubis Safian International Islamic University Malaysia (IIUM)
  • Aida Hayati Mohd Sanadi Universiti Sains Islam Malaysia

Keywords:

Ekokritik, Ka’ab Bin Malik, Puisi Perang, Simbolisme Alam, Jihad Islam, Interaksi Manusia-Alam Ecocriticism, Ka’ab bin Malik, War Poetry, Nature Symbolism, Islamic Jihad, Human-nature Interaction

Abstract

Kajian ini meneliti interaksi alam dengan manusia dari perspektif ekokritik dalam puisi perang Ka’ab bin Malik dengan menumpukan perhatian terhadap hubungan dinamik antara manusia, alam semula jadi, dan jihad Islam. Dengan mengaplikasikan pendekatan ekokritik yang diasaskan oleh Cheryll Glotfelty dan Lawrence Buell serta analisis semiotik. Kajian ini berusaha untuk memahami bagaimana unsur-unsur alam seperti laut, gunung, telaga dan padang pasir yang berfungsi sebagai latar geografi dan simbol perjuangan, ketahanan, dan spiritualiti dalam naratif peperangan. Dari segi metodologi, kajian ini menggunakan analisis kandungan terhadap teks puisi Ka’ab bin Malik serta kajian kepustakaan untuk memahami peranan elemen alam dalam sastera perang Islam. Hasil kajian menunjukkan bahawa unsur alam berfungsi sebagai latar peristiwa dan memainkan peranan strategik dalam menggambarkan cabaran fizikal serta kekuatan psikologi para pejuang Islam. Unsur-unsur ini juga berfungsi sebagai metafora ketabahan dan kemenangan dalam perjuangan. Selain itu, kajian ini membincangkan implikasi ekologi terhadap peperangan, dengan memperlihatkan bagaimana alam bukan sekadar latar pasif tetapi juga saksi dan elemen aktif dalam perjuangan Islam. Hasil kajian mendapati puisi perang Ka’ab bin Malik mengandungi catatan sejarah dan dokumentasi ekologi yang menghubungkan pengalaman dalam peperangan terhadap persekitaran alam semula jadi. Kajian ini menyumbang kepada bidang sastera Islam dan ekokritik dengan mengetengahkan hubungan erat antara naratif peperangan, keimanan, dan ekologi alam semulajadi dalam sastera Arab klasik.

This study examines the interaction between nature and humans from an ecocritical perspective in the war poetry of Ka‘ab bin Malik, focusing on the dynamic relationship between humans, nature, and Islamic jihad. By applying the ecocritical approach established by Cheryll Glotfelty and Lawrence Buell, along with semiotic analysis, this study seeks to understand how natural elements such as the sea, mountains, wells, and deserts function as geographical backdrops and symbols of struggle, resilience, and spirituality in war narratives. Methodologically, the study employs content analysis of Ka’ab bin Malik’s poetry and a literature review to explore the role of natural elements in Islamic war literature. The findings reveal that natural elements serve as the setting of events and play a strategic role in illustrating both the physical challenges and psychological strength of Islamic warriors. These elements also function as metaphors for perseverance and victory in battle. Additionally, this study discusses the ecological implications of war, highlighting how nature is not merely a passive backdrop but also an active witness and component in the Islamic struggle. The study concludes that Ka’ab bin Malik’s war poetry contains historical records and ecological documentation that connect war experiences to the natural environment. This research contributes to the field of Islamic literature and ecocriticism by emphasizing the close relationship between war narratives, faith, and the natural ecology in classical Arabic literature.

Published

2025-06-30