Ibn al-‘Arabi dan Penulisan Sejarah Islam

Authors

  • Roslan Abdul Rahman
  • Azmul Fahimi Kamaruzaman

Keywords:

Ibn al-‘Arabi, al-‘Awasim Min al-Qawasim, Ulasan Isu Kontroversi Khulafa’ al-Rashidin

Abstract

Ibn al-‘Arabi (468-543H/1076-1148M) merupakan seorang ilmuwan Islam Andalus terkemuka abad ke-6H. Beliau merupakan seorang sarjana yang banyak meninggalkan sumbangan dalam bidang keilmuan Islam. Pada hari ini, nama beliau selalu dipetik dalam perbahasan ilmiah terutama melibatkan bidang fiqh, hadith dan tafsir. Kebanyakan karya beliau dalam bidang tersebut, dijadikan sumber rujukan generasi masa kini. Selain terkenal dalam bidang tersebut, Ibn al-’Arabi juga memiliki sumbangan dalam bidang sejarah Islam, meskipun nama beliau tidak dikenali dalam bidang tersebut. Kemunculan karya al-‘Awasim Min al-Qawasim, membuktikan kewujudan sumbangan Ibn al-‘Arabi dalam bidang sejarah Islam. Walaupun karya tersebut bukan karya sejarah seperti karya al-Tabari dan al-Mas‘udi, namun terdapat padanya perbahasan mengenai isu-isu kontroversi para Khulafa’ al-Rashidin. Kemunculan karya al-‘Awasim Min al-Qawasim, secara tidak langsung membuktikan kewujudan penulisan Ibn al-‘Arabi dalam bidang sejarah Islam. Justeru itu, artikel ini ditulis bertujuan memahami bentuk penulisan Ibn al-‘Arabi dalam bidang sejarah Islam dan implikasi penulisan tersebut dalam memurnikan karakter Khulafa’ al-Rashidin. Bagi mencapai tujuan tersebut, data dan maklumat berkaitan diperolehi melalui tinjauan kepustakaan iaitu rujukan ke atas sumber primer (masadir) dan sekunder (maraji‘). Kemudian data dianalisis menggunakan pendekatan deskriptif dan komparatif. Hasil kajian mendapati bahawa, Ibn al-‘Arabi memiliki penulisan tersendiri dalam bidang sejarah Islam yang dilihat memberi impak dalam memurnikan karakter para Khulafa’ al-Rashidin, iaitu melalui penghasilan karya al-‘Awasim Min al-Qawasim.

Published

2019-05-05