Pemerian retrospektif falsafah al-Farabi [A Retrospective Analysis of al-Farabi’s Philosophy]
Keywords:
Sejarah Falsafah, al-Farabi, Politik, Epistemologi, Tokoh Falsafah Islam History of Philosophy, al-Farabi, Politics, Epistemology, Islamic Philosophical FigureAbstract
Al-Farabi merupakan tokoh perintis falsafah Islam abad ke-10M yang berjaya mengintegrasikan pemikiran Yunani, khususnya Plato dan Aristotle, dengan prinsip-prinsip Islam secara sistematik dan rasional. Pemikirannya telah memberikan pengaruh besar terhadap tradisi intelektual Islam dan Eropah. Namun begitu, kajian kontemporari menunjukkan wujudnya kekeliruan dalam mentafsir konsep-konsep utama falsafahnya, terutama berkaitan al-Madinah al-Fadilah dan relevansinya dalam wacana politik serta etika moden. Objektif kajian ini adalah untuk menelusuri latar belakang pemikiran al-Farabi serta menganalisis secara holistik sumbangan beliau dalam perkembangan falsafah Islam. Penulisan ini menggunakan metode dokumentasi sebagai kaedah pengumpulan data dengan memfokuskan pada beberapa sumber primer dan juga sekunder. Manakala bagi kaedah analisis data, kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif menerusi analisis kritikan dalaman dan kritikan luaran. Dapatan kajian ini menghujahkan bahawa pemikiran al-Farabi merangkumi aspek falsafah politik, metafizik, epistemologi, teori muzik serta memperlihatkan integrasi yang harmoni antara falsafah Yunani dengan prinsip-prinsip Islam
Al-Farabi was a pioneering figure in Islamic philosophy during the 10th century who successfully integrated Greek thought, particularly that of Plato and Aristotle, with Islamic principles in a systematic and rational manner. His ideas have significantly influenced both the intellectual traditions of Islam and Europe. However, contemporary scholarship reveals ambiguities in the interpretation of key concepts within his philosophy, especially concerning al-Madinah al-Fadilah and its relevance to modern political and ethical discourse. The objective of this study is to explore al-Farabi’s background and to provide a holistic analysis of his contributions to the field of Islamic philosophy. This study employs the documentation method for data collection, focusing on various primary and secondary sources. For data analysis, a descriptive approach is adopted through both internal and external criticism. The findings of this study suggest that al-Farabi's thought encompasses elements of political philosophy, metaphysics, epistemology, and music theory, and offers a harmonious integration of Greek philosophy with Islamic principles