Teodisi Islam dan Masalah Kejahatan: Suatu Analisis Konseptual [Islamic Theodicy and The Problem of Evil: A Conceptual Analysis]

Authors

  • Nurhanisah Senin Universiti Sains Islam Malaysia
  • Mustafa Kamal Amat Misra Universiti Sains Islam Malaysia
  • Nazneen Ismail Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIS)
  • Marina Munira Abdul Mutalib Universiti Sains Islam Malaysia
  • Wan Fazrul Azdi Wan Razali Universiti Sains Islam Malaysia
  • Mohd Hamidi Ismail Universiti Sains Islam Malaysia
  • Siti Dayana Nu’man Zainudin Universiti Sains Islam Malaysia

Keywords:

Islamic theodicy, problem of evil, conceptual analysis

Abstract

Persoalan mengenai kejahatan dan penderitaan telah menjadi antara isu falsafah dan teologi paling mencabar sepanjang sejarah pemikiran manusia. Dalam konteks teologi Islam, teodisi merujuk kepada usaha menjelaskan bagaimana kewujudan kejahatan dan penderitaan di dunia dapat diselaraskan dengan kewujudan Tuhan yang Maha Berkuasa dan Maha Penyayang. Artikel ini bertujuan menjelaskan bagaimana Islam memberikan justifikasi rasional dan spiritual terhadap fenomena kejahatan tanpa menjejaskan sifat kesempurnaan Tuhan dalam menjawab masalah kejahatan yang dibawa oleh pemikir ateis Barat. Artikel ini mengemukakan satu analisis konseptual terhadap pendekatan teodisi dalam Islam dengan meneliti elemen utama keadilan Tuhan, ujian, penderitaan dan kejahatan menurut al-Quran dan sunnah serta pandangan pemikir Islam. Setiap kejahatan dan penderitaan yang berlaku ke atas manusia tidak bercanggah dengan sifat keadilan Tuhan kerana neraca keadilan bagi Allah adalah berbeza daripada manusia. Allah adalah pemilik segala sesuatu dan Dia berhak untuk melakukan apa sahaja yang dikehendakiNya. Adapun bagi manusia ia adalah ujian yang akan diberikan balasan baik bagi mereka yang bersabar. Dapatan analisis ini diharap dapat menyumbang kepada pemahaman yang lebih mendalam dan lestari terhadap isu kejahatan dalam kerangka akidah Islam.

The problem of evil and suffering has long been one of the most challenging philosophical and theological issues throughout the history of human thought. In the context of Islamic theology, theodicy refers to the effort to explain how the existence of evil and suffering in the world can be reconciled with the existence of an All-Powerful and All-Merciful God. This article aims to explain how Islam provides both rational and spiritual justifications for the phenomenon of evil without compromising the perfection of God, particularly in addressing the problem of evil posed by Western atheist thinkers. The article presents a conceptual analysis of the Islamic approach to theodicy by examining key elements such as divine justice, trials, suffering, and evil as outlined in the Qur’an, Sunnah, and the views of classical and contemporary Muslim scholars. Every instance of evil and suffering that befalls humanity does not contradict God’s justice, as the divine standard of justice differs from that of humans. God is the absolute owner of all things and has the right to do as He wills. For humans, however, suffering is a test for which great reward awaits those who are patient. This analysis hopes to contribute to a deeper and more enduring understanding of the problem of evil within the framework of Islamic creed (?aq?dah).

Published

2025-09-05