Kebolehan Kecerdasan Buatan dalam Merumuskan Hukum Syarak bagi Isu Kontemporari yang Tidak Mempunyai Dalil Nas Khusus dan Keterbatasan

[The Capabilities and Limitations of Artificial Intelligence in Formulating Shariah Rulings for Contemporary Issues with No Specific Textual Evidence]

Authors

  • Amir Abrar Abd Latif Universiti Teknologi Malaysia, Cawangan Sabah
  • Mohamad Omar Mansu Management & Science University (MSU)

Keywords:

Kecerdasan Buatan, Hukum Syarak, Kewangan Islam, Fatwa, Teknologi Kawal Selia, Ijtihad.

Abstract

Artikel ini meneliti potensi peranan kecerdasan buatan (AI) dalam menyokong proses penentuan hukum syarak, khususnya bagi menangani isu-isu semasa yang tidak mempunyai dalil nas yang jelas daripada al-Qur’an atau al-Sunnah. Melalui sorotan kualitatif terhadap literatur akademik terkini, kajian ini mengupas keupayaan dan juga batasan AI dalam konteks perundangan dan kewangan Islam. Hasil kajian mendapati bahawa AI mampu memberi manfaat besar dalam meningkatkan kecekapan dan ketepatan bagi proses-proses yang bersifat berstruktur, seperti pengiraan faraid, analisis kontrak, dan penyelesaian pertikaian dalam kewangan Islam. Di samping itu, penggunaan teknologi pematuhan (regulatory technology) juga telah membantu memperkukuh pemantauan pematuhan serta ketelusan operasi institusi kewangan. Namun begitu, terdapat beberapa kekangan yang dikenal pasti, termasuk kebimbangan etika berkaitan penggunaan AI dalam pengeluaran fatwa, risiko berat sebelah algoritma, ketiadaan rangka kawal selia yang menyeluruh, serta keperluan berterusan terhadap pengawasan manusia. Kajian ini merumuskan bahawa AI berpotensi untuk berperanan sebagai alat sokongan dalam tadbir urus Syariah, namun pelaksanaannya mesti berada dalam kerangka yang menjamin integriti etika dan epistemologi hukum Islam. Akhir sekali, artikel ini mencadangkan agar wujud kerjasama yang lebih erat antara para ilmuwan Syariah, pakar teknologi, dan penggubal dasar bagi membangunkan piawaian yang memastikan penggunaan AI dalam proses perundangan Islam dilakukan secara bertanggungjawab serta mematuhi prinsip Syariah.

This article examines the potential role of artificial intelligence (AI) in supporting the process of Shariah legal determination, particularly in addressing contemporary issues that lack clear textual evidence from the Qur’an or Sunnah. Through a qualitative review of recent academic literature, this study explores both the capabilities and limitations of AI in the context of Islamic law and finance. The findings indicate that AI can offer significant benefits in enhancing the efficiency and accuracy of structured processes, such as the calculation of inheritance (faraid), contract analysis, and dispute resolution in Islamic finance. Additionally, the use of regulatory technology has also helped strengthen compliance monitoring and operational transparency within financial institutions. However, several limitations were identified, including ethical concerns regarding the use of AI in fatwa issuance, the risk of algorithmic bias, the absence of a comprehensive regulatory framework, and the continued need for human oversight. The study concludes that AI has the potential to serve as a supportive tool in Shariah governance, but its implementation must be within a framework that ensures the ethical and epistemological integrity of Islamic law. Finally, this article suggests closer collaboration between Shariah scholars, technology experts, and policymakers to develop standards that ensure the responsible and Shariah-compliant use of AI in Islamic legal processes.

Published

2025-09-05