Dhawabit Penggunaan Plasma Darah dalam Produk Makanan Moden [Legal Parameter for The Use of Blood Plasma in Modern Food Products]
Keywords:
Dhawabit, Halal, Istihalah, Makanan Moden, Plasma Darah Dhawabit, Halal, Istihalah, Modern Food, Blood PlasmaAbstract
Plasma darah merupakan salah satu komponen utama dalam darah yang kini digunakan secara meluas dalam industri pemprosesan makanan moden terutama sekali dalam produk berasaskan daging dan makanan yang diproses. Penggunaan plasma darah sebagai bahan tambahan menimbulkan pelbagai persoalan terutamanya dari sudut hukum syarak. Hal ini kerana ianya berasal daripada darah yang secara asasnya dianggap najis dan haram. Namun begitu, isu ini perlu diteliti dengan lebih mendalam berdasarkan pendekatan fiqh semasa yang mengambil kira konsep istihalah, maslahah serta kaedah-kaedah fiqh yang lain. Kajian ini membincangkan secara terperinci dhawabit atau garis panduan bagi menentukan keharusan penggunaan plasma darah dalam makanan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis data kepustakaan bagi meneliti aspek penggunaan plasma darah dalam makanan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa produk makanan yang berasaskan plasma darah adalah haram walaupun telah melalui proses istihalah kerana komponen darah masih boleh dikesan dalam produk akhir. Oleh itu para ulama menyimpulkan bahawa penggunaan plasma darah dalam makanan hanya boleh dianggap halal apabila produk tersebut telah melalui proses istihalah tammah dan tiada kesan darah ditemukan dalam produk akhir atau dalam keadaan darurat iaitu ketiadaan makanan dan minuman secara mutlak. Justeru, melihat kepada keadaan semasa dan kaedah yang digunakan, kajian ini menyimpulkan bahawa penggunaan plasma darah mestilah mematuhi garis panduan syarak yang telah ditetapkan bagi memastikan produk makanan yang diambil halal dan suci.
Blood plasma is one of the main components of blood that is now widely used in the modern food processing industry especially in meat-based and processed food products. The use of blood plasma as a food additive raises various concerns, particularly from the perspective of Islamic law. This is because it originates from blood which is fundamentally considered najis and haram. However, this issue requires a more in-depth examination based on contemporary fiqh approaches, taking into account the concept of istihalah, maslahah as well as other relevant fiqh principles.This study discusses in detail the Shariah guidelines (dhawabit) for determining the permissibility of using blood plasma in food. It is a qualitative study that employs library research methods to explore the aspects of blood plasma usage in food. The findings show that food products based on blood plasma are haram even after undergoing the process of istihalah, as blood components can still be detected in the final product. Therefore, scholars conclude that the use of blood plasma can only be considered halal if the product has undergone complete transformation (istihalah tammah) and no traces of blood are found in the final product or incases of dire necessity (darurah), such as total absence of food and drink. Hence, given the current circumstances and processing methods, this study concldes that the use of blood plasma must adhere to the established Shariah guidelines to ensure that food products consumed are halal and pure (tayyib).