Analisis Kaedah Penulisan Hadith dalam Tafsir al-Misbah oleh M. Quraish Shihab [Analysis of the Hadith Writing Methodology in Tafsir al-Misbah by M. Quraish Shihab]
Keywords:
Kaedah penulisan hadith, ketokohan, M. Quraish Shihab, Tafsir al-Misbah hadith writing methodology, prominenceAbstract
Quraish Shihab merupakan antara tokoh Islam terkenal di Indonesia dan juga Nusantara. Ketokohan beliau dalam bidang tafsir tidak dapat dinafikan lagi. Penulisannya dalam bidang tafsir khususnya Tafsir al-Misbah turut membawakan hadith sebagai salah satu dalil. Walau bagaimanapun, hadith yang digunakan oleh beliau dalam Tafsir al-Misbah dilihat tidak seragam. Hal ini demikian kerana tidak semua hadith didatangkan matannya dalam bahasa Arab. Selain itu, M. Quraish Shihab juga turut menggunakan hadith da‘if dan maw?u‘ dalam pentafsirannya. Malah, beliau juga jarang melakukan takhrij terhadap hadith-hadith tersebut. Justeru, penulisan ini bertujuan untuk mengkaji kaedah penulisan hadith dalam Tafsir al-Misbah. Kajian yang dilakukan ini adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah kepustakaan sebagai cara untuk mengumpulkan data. Seterusnya data-data tersebut dianalisis berdasarkan kaedah deduktif dan induktif. Penemuan kajian menunjukkan bahawa M. Quraish Shihab banyak menggunakan hadith sebagai dalil utama dalam penulisannya. Kemampuan beliau dalam mendatangkan hadith daripada pelbagai sumber membuktikan bahawa beliau juga mahir dalam bidang hadith. Berikutan itu, kajian ini dapat memberi gambaran yang lebih komprehensif mengenai M. Quraish Shihab dari segi ketokohan beliau khususnya kaedah penulisan hadith dalam Tafsir al-Misbah.
Quraish Shihab is one of the famous Islamic figures in Indonesia and also in Nusantara. His prominence in the field of tafsir cannot be denied. His writings in the field of tafsir, especially Tafsir al-Misbah, also bring hadith as one of the arguments. However, the hadiths used by him in Tafsir al-Misbah are seen as not uniform. This is because not all hadiths are presented in Arabic. In addition, M. Quraish Shihab also uses weak and fabricated hadiths in his interpretations. In fact, he rarely does takhrij on these hadiths. Therefore, this writing aims to study the method of writing hadiths in Tafsir al-Misbah. This study is qualitative in nature using the library method as a way to collect data. The data is then analyzed based on deductive and inductive methods. The findings of the study show that M. Quraish Shihab uses hadiths a lot as the main arguments in his writings. His ability in presenting hadiths from various sources proves that he is also skilled in the field of hadith. Consequently, this study can provide a more comprehensive picture of M. Quraish Shihab in terms of his character, especially the method of writing hadith in Tafsir al-Misbah.