Analisis Isu Pemilikan Aset dalam Kes Pinjam Nama (Nominee Arrangements) menurut Perspektif Sivil dan Syariah di Malaysia [An Analysis of Asset Ownership Issues in Nominee Arrangements from Civil and Shariah Perspectives in Malaysia]

Authors

  • Muhammad Nur Hafidz Abd Nasir Universiti Sains Malaysia
  • Fathullah Asni Universiti Sains Malaysia

Keywords:

Pinjam Nama, Pemilikan Benefisial, Takaful, Faraid, Mahkamah Syariah

Abstract

Artikel ini membincangkan isu pinjam nama (nominee arrangements) dalam pembelian aset merangkumi hartanah dan kenderaan, yang semakin lazim berlaku dalam masyarakat Malaysia, khususnya apabila individu tidak layak mendapat pinjaman atas nama sendiri. Amalan ini berlaku apabila seseorang menggunakan nama individu lain sebagai pemilik rasmi sesuatu aset, manakala pembayar sebenar berada di belakang tabir tanpa sebarang pengiktirafan sah dari segi perundangan. Kajian ini bertujuan meneliti status pemilikan sebenar terhadap aset dalam kes pinjam nama dari perspektif undang-undang sivil dan prinsip Syariah, di samping menganalisis kedudukan hutang serta pampasan takaful sekiranya berlaku kematian penama. Metodologi yang digunakan adalah pendekatan kualitatif melalui analisis doktrinal terhadap akta-akta berkaitan, kes-kes mahkamah dan prinsip fiqh muamalat, disokong oleh analisis kes dan cadangan perundangan praktikal. Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara asasnya, undang-undang sivil mengiktiraf pemilik berdaftar sebagai pemilik sah aset, manakala pembayar hanya berhak menuntut pemilikan melalui dokumen kontrak atau prinsip amanah tersirat seperti resulting trust. Dari sudut Syariah, hak pembayar lebih jelas kerana beliau dianggap sebagai pemilik manfaat (malik al-naf?), manakala penama sekadar pemegang amanah yang wajib menyerahkan hak kepada empunya sebenar. Kajian turut menganalisis komplikasi yang timbul apabila penama meninggal dunia dan hutang dilunaskan oleh takaful. Walaupun aset menjadi bebas hutang, ia tetap dianggap sebagai harta pusaka si mati jika berdaftar atas namanya, melainkan pembayar mengemukakan tuntutan hak milik secara sah. Akhir sekali, artikel ini mencadangkan pelbagai langkah pencegahan dan penyelesaian, termasuk penyediaan dokumen amanah, penggunaan hibah atau wasiat, serta penglibatan institusi kewangan dan takaful dalam memberi perlindungan dan kesedaran kepada masyarakat. Penyelesaian menyeluruh memerlukan keseimbangan antara kerangka undang-undang dan prinsip Syariah bagi menjamin keadilan dan mengelakkan pertikaian pemilikan selepas kematian atau konflik antara waris dan pembayar.

This article discusses the issue of nominee arrangements in asset purchases, encompassing properties and vehicles, a practice that has become increasingly common in Malaysian society, particularly when individuals are ineligible for financing under their own names. This practice occurs when a person uses another individual's name as the registered owner of an asset, while the actual payer remains behind the scenes without legal recognition. The objective of this study is to examine the true ownership status of assets in nominee arrangements from both civil law and Shariah perspectives, while also analysing the position of debts and takaful compensation in the event of the nominee’s death. A qualitative methodology was employed through doctrinal analysis of relevant statutes, court cases, and principles of Islamic commercial jurisprudence (fiqh muamalat), supported by case analysis and practical legal recommendations. The findings indicate that, under civil law, the registered owner is legally recognised as the rightful owner of the asset, whereas the actual payer may only claim ownership through contractual documentation or implied trust principles, such as the resulting trust. From the Shariah perspective, however, the payer’s rights are more clearly defined, as he is considered the beneficial owner (malik al-naf?), while the nominee merely holds the asset in trust and is obligated to return it to the rightful owner. The study also examines complications arising when the nominee dies and outstanding debts are settled through takaful. Despite the asset being debt-free, it is still considered part of the deceased’s estate (faraid) if registered under their name, unless the payer can legally claim ownership. Finally, the article proposes various preventive and remedial measures, including the preparation of trust documents, the use of hibah or wills, and the involvement of financial and takaful institutions in providing protection and awareness to the public. A holistic solution requires a balanced integration of legal frameworks and Shariah principles to ensure justice and to prevent ownership disputes following death or conflicts between heirs and payers.

Published

2025-06-29