Analisis Kefahaman dan Pengamalan Akidah dalam Kalangan Pelajar Diploma UiTM Sabah [An Analysis of Understanding and Practice of Faith Among Diploma Students at UiTM Sabah]

Authors

  • Masnih Mustapa Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah
  • Masnora Malek Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah
  • Safarudin Rahim Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah
  • Fiqriyah Mohd Kunarto Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah

Keywords:

Akidah; Penghayatan Iman; Rukun Iman; UiTM Sabah;

Abstract

Pemahaman akidah merupakan asas penting dalam pembentukan pegangan dan keperibadian seorang Muslim. Namun, dalam era globalisasi yang penuh dengan cabaran intelektual dan sosial, tahap kefahaman akidah dalam kalangan pelajar semakin dipersoalkan. Kajian-kajian terdahulu menunjukkan bahawa walaupun pelajar mempunyai asas kepercayaan yang baik, terdapat aspek-aspek tertentu dalam akidah yang kurang difahami secara mendalam, terutamanya berkaitan dengan konsep ketuhanan dan kepercayaan kepada kitab-kitab suci. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menilai tahap pemahaman dan penghayatan terhadap akidah dalam kalangan pelajar diploma di UiTM Sabah. Instrumen soal selidik yang digunakan merangkumi 20 item berkaitan asas akidah, termasuk Rukun Iman, kepercayaan kepada kitab-kitab suci, serta konsep malaikat. Maklumat yang dikumpulkan daripada 554 responden dianalisis menggunakan kaedah deskriptif dengan bantuan perisian SPSS versi 30.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, tahap pemahaman pelajar berada pada tahap yang memuaskan, dengan beberapa elemen seperti kepercayaan terhadap Allah dan kepercayaan kepada hari kiamat menunjukkan penghayatan yang sangat baik. Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan dalam pemahaman konsep-konsep tertentu yang lebih kompleks, seperti Sifat 20 Allah S.W.T. dan kitab-kitab yang wajib diketahui. Hasil kajian ini mencadangkan keperluan pendekatan pendidikan akidah yang lebih menyeluruh dan relevan bagi memperkukuhkan pemahaman pelajar dalam mendepani cabaran kehidupan moden.

The understanding of ?aq?dah (Islamic creed) is a fundamental foundation in shaping the beliefs and character of a Muslim. However, in the era of globalization, which is filled with intellectual and social challenges, the level of ?aq?dah comprehension among students has increasingly been questioned. Previous studies have indicated that although students possess a good basic belief system, certain aspects of ?aq?dah are not deeply understood, particularly regarding the concept of divinity and belief in the sacred scriptures. Therefore, this study was conducted to assess the level of understanding and appreciation of ?aq?dah among diploma students at UiTM Sabah. The questionnaire instrument used in this study consists of 20 items related to the fundamentals of ?aq?dah, including the Pillars of Faith (Rukun Iman), belief in the divine scriptures, and the concept of angels. Data collected from 554 respondents were analyzed using descriptive methods with the aid of SPSS version 30.0. The findings indicate that overall, students' understanding is at a satisfactory level, with certain elements such as belief in Allah and belief in the Day of Judgment demonstrating a strong level of appreciation. However, there are weaknesses in comprehending more complex concepts, such as the 20 Attributes of Allah (Sifat 20) and the divine scriptures that must be acknowledged. The results of this study suggest the need for a more comprehensive and relevant ?aq?dah education approach to strengthen students' understanding in facing the challenges of modern life.

 

 

Published

2025-03-04