Pengaruh Kefahaman Terhadap Pengamalan Islam Saudara Muslim Tentera Darat Malaysia [The Influence of Understanding on The Practice of Islam among Muslim Brothers in The Malaysian Army]

Authors

  • Nazri Yahya UPNM
  • Zahimi Zainol Abidin Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
  • Daud Mohamed Salleh Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Keywords:

Kefahaman, pengamalan Islam, saudara muslim

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pengaruh kefahaman terhadap pengamalan Islam dalam kalangan saudara Muslim Tentera Darat Malaysia (TDM). Dengan menggunakan pendekatan kuantitatif, populasi kajian melibatkan 311 saudara Muslim, di mana 155 responden dipilih melalui pensampelan purposif. Data dikumpulkan menggunakan soal selidik yang disesuaikan dan dianalisis dengan IBM SPSS versi 30.0. Keputusan menunjukkan nilai kebolehpercayaan instrumen yang tinggi (Alpha Cronbach > 0.9), dengan korelasi positif yang signifikan antara kefahaman dan pengamalan Islam (r = 0.736). Analisis regresi mendapati kefahaman mempunyai pengaruh signifikan terhadap pengamalan Islam (ß = 0.843, t = 10.199, p < 0.05). Hasil kajian ini menekankan kepentingan pendidikan dan bimbingan agama untuk meningkatkan tahap kefahaman sebagai asas kepada pengamalan agama yang sempurna dan menyeluruh. Penemuan ini memberikan implikasi penting bagi Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dalam merangka program dakwah dan pendidikan kerohanian yang lebih efektif kepada saudara muslim.

This study aims to analyse the influence of understanding on the practice of Islam among Muslim converts in the Malaysian Army (TDM). Using a quantitative approach, the study population involved 311 Muslim converts, with 155 respondents selected through purposive sampling. Data were collected using a tailored questionnaire and analysed with IBM SPSS version 30.0. The results showed high reliability of the instrument (Cronbach's Alpha > 0.9), with a significant positive correlation between understanding and the practice of Islam (r = 0.736). Regression analysis found that understanding significantly influenced the practice of Islam (ß = 0.843, t = 10.199, p < 0.05). This study highlights the importance of religious education and guidance in enhancing understanding as a foundation for more perfect and holistic religious practices. The findings provide significant implications for the Malaysian Armed Forces Religious Corps (KAGAT) in designing more effective spiritual development and religious education programs to Muslim brothers.

Published

2025-02-14