Sorotan Literatur Cabaran dan Strategi Memperkasakan Kemahiran Menulis Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Bukan Penutur Jati [A Literature Review Challenges and Strategies to Enhance Arabic Writing Skills Among Non-Native Students]
Keywords:
kemahiran menulis, bahasa Arab, pelajar bukan penutur jati, cabaran pembelajaran, strategi pengajaran, pembelajaran berpusatkan pelajarAbstract
Bahasa Arab merupakan salah satu bahasa kedua yang dipelajari dalam kalangan pelajar bukan penutur jati di Malaysia. Kemahiran menulis dalam bahasa Arab merupakan salah satu kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh pelajar khususnya mereka yang memilih bidang pengajian Islam di peringkat institusi pengajian tinggi. Penguasaan kemahiran ini memerlukan kecekapan berbahasa dalam pelbagai aspek seperti kosa kata, tatabahasa, kemampuan membina ayat, mengolah maklumat dengan tepat dan sebagainya. Kajian ini membincangkan cabaran dan strategi dalam memperkasakan kemahiran menulis bahasa Arab di peringkat institusi pengajian tinggi. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen terhadap 13 artikel kajian terdahulu berkaitan kemahiran menulis bahasa Arab yang diterbitkan antara tahun 2021 hingga 2023. Kesemua artikel yang dikumpulkan diperolehi dari pangkalan data Google Scholar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar sering menghadapi cabaran utama dalam aspek linguistik, kaedah pengajaran serta faktor psikologi dan motivasi. Cabaran linguistik merangkumi kekurangan kosa kata, kesulitan memahami dan mempraktikkan tatabahasa dan kelemahan membina struktur ayat yang gramatis. Manakala dari sudut kaedah pengajaran, pendekatan tradisional yang kurang interaktif didapati tidak dapat menarik minat pelajar sekaligus gagal memenuhi keperluan pembelajaran yang lebih terkini bertepatan dengan tuntutan pembelajaran abad ke-21. Di samping itu, isu psikologi seperti kurang keyakinan diri dan motivasi turut menghalang pelajar untuk menguasai kemahiran menulis dengan baik. Kajian-kajian tersebut turut mengenal pasti beberapa strategi berkesan. Antaranya ialah penggunaan pedagogi interaktif yang menggalakkan penglibatan aktif pelajar, pembangunan modul pengajaran yang lebih sistematik dan efektif serta pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar yang menekankan pembelajaran kolaboratif. Selain itu, penggunaan teknologi digital seperti aplikasi pembelajaran bahasa dan alat interaktif turut dikenal pasti sebagai kaedah yang berkesan untuk meningkatkan minat serta memperkasa pemahaman pelajar dalam kemahiran menulis bahasa Arab. Bagi mengatasi cabaran ini, kajian turut mengenal pasti beberapa strategi berkesan seperti penggunaan pedagogi interaktif, pembangunan modul pengajaran yang sistematik, dan pendekatan berpusatkan pelajar yang memfokuskan kepada pembelajaran kolaboratif serta integrasi teknologi digital. Berdasarkan dapatan ini, kajian mencadangkan kajian lanjutan ke arah pendekatan holistik yang menggabungkan aspek linguistik, pedagogi, psikologi, dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan pelajar bukan penutur jati dapat diperluas secara menyeluruh dan berterusan untuk generasi akan datang.
Arabic language is one of the second languages learned by non-native students in Malaysia. Arabic writing skills are among the basic language skills that learners are supposed to master, particularly those pursuing Islamic studies at higher education institutions. Proficiency in this skill requires competence in various linguistic aspects, including vocabulary, grammar, sentence construction, and the ability to process and present information accurately. The objectives of this study are to discuss the challenges and strategies in enhancing Arabic writing skills at higher education. To achieved the objectives, a qualitative approached was employed through document analysis of 13 previous research articles related to Arabic writing skills published within recent last three years from 2021 to 2023. These articles were obtained from Google Scholar database. The results revealed that students frequently encounter challenges in various aspects such as linguistic, teaching methodology, and psychological and motivational factors. Linguistic difficulties include limited vocabulary, challenges in understanding and applying grammar and difficulties in forming grammatically accurate sentences. On the other hand, pedagogical perspective using traditional teaching methods which tend to be less interactive fail to engage students effectively and do not address the evolving needs of 21st-century learning. Moreover, psychological challenges, such as low self-confidence and lack of motivation, prevent students from achieving proficiency in Arabic writing. The study also highlights some effective strategies to overcome these challenges. These strategies include an interactive teaching methods that encourage active student participation, designing structured and efficient teaching modules, and adopting student-centered approaches that emphasize collaborative learning. Additionally, incorporating digital technologies, such as language learning applications and interactive tools, is recognized as an effective approach to enhance students' interest and understanding in Arabic writing. Based on these findings, the study suggests further research towards a holistic approach that combines linguistic, pedagogical, psychological, and technological aspects in teaching and learning Arabic for the future generation.