Kemapanan Kaedah ‘Adad wa Ma‘dud Bahasa Arab dalam Hadith Sahih Bukhari [The Stability of The ‘Adad wa Ma’dud Method in Arabic Grammar within Sahih Bukhari Hadiths]
Keywords:
‘Adad, Ma‘dud, Arabic Language, Hadith, Sahih Bukhari.Abstract
‘Adad wa Ma‘dud merupakan satu tajuk tatabahasa yang asas dalam nahu bahasa Arab dan ia mempunyai keistimewaan dan ciri-cirinya yang tersendiri. Beberapa kajian telah mencadangkan pendekatan menerapkan pengajaran topik ‘Adad wa Ma‘dud dengan menggunakan ayat-ayat al- Quran. Justeru itu, kertas ini memilih alternatif yang berbeza iaitu meneliti kemapanan kaedah ‘Adad wa Ma‘dud bahasa Arab dalam hadith Sahih Bukhari. Kertas kerja ini berbentuk kajian kualitatif dengan data utamanya diperoleh melalui analisis teks kepustakaan. Hasil dapatan kajian mendapati hadith Sahih Bukhari mempunyai data yang mencukupi, iaitu sebanyak 105 jenis sampel berkaitan ‘Adad wa Ma‘dud berjaya dikumpul dalam kajian ini. Keseluruhan bahagian ‘adad yang dibincangkan dalam kajian ini mempunyai padanan seperti yang terdapat dalam tatabahasa Arab. Kekerapan jenis ‘adad yang paling banyak ditemui adalah ‘adad mufrad, diikuti oleh ‘adad murakkab, ‘adad ‘uqud dan ‘adad ma‘tuf. Kajian juga mencadangkan agar para pelajar menghafal satu contoh matan hadith sahih Bukhari dalam setiap bahagian ‘adad sebagai panduan. Penulisan ini diharapkan dapat membantu mereka meningkatkan pencapaian dalam tajuk ini disamping dapat menambah ilmu pengetahuan dalam bidang pengajian hadith.
‘Adad wa Ma‘dud is a fundamental topic in Arabic grammar, with its own distinct characteristics and significance. Several studies have suggested using Quranic verses as a teaching approach for this topic. However, this paper adopts a different alternative by examining the stability of the ‘Adad wa Ma‘dud method in Arabic grammar through the hadiths of Sahih Bukhari. This study is qualitative in nature, with primary data obtained through textual analysis of library resources. The findings reveal that Sahih Bukhari provides sufficient data, with 105 types of examples related to ‘Adad wa Ma‘dud identified in this research. The study confirms that all categories of ‘adad discussed align with the structures found in Arabic grammar. The most frequently observed category is ‘adad mufrad, followed by ‘adad murakkab, ‘adad ‘uqud, and ‘adad ma‘tuf. The study also suggests that students memorize one example of a Sahih Bukhari hadith text for each category of ‘adad as a practical guide. This paper aims to assist students in improving their understanding of this topic while enriching their knowledge in the field of hadith studies.