Pembangunan Kerohanian Usahawan Melayu Berasaskan Prinsip Kerohanian Islam: Perspektif Usahawan Melayu Bertarekat [Spiritual Development of Malay Entrepreneurs Based on Islamic Spiritual Principles: The Perspective of Tariqah Malay Entrepreneurs]
Keywords:
Kerohanian Islam, Usahawan Melayu, Usahawan Melayu bertarekat, Amalan kerohanian Islamic Spirituality, Malay Entrepreneurs, Tariqah Malay Entrepreneurs, Spiritual Practices.Abstract
Kehidupan usahawan Melayu pada hari ini masih belum benar-benar mengamalkan prinsip kerohanian Islam di dalam kehidupan seharian mereka. Setiap usahawan Melayu sebenarnya amat memerlukan lonjakan kerohanian untuk menguruskan perniagaan supaya memperolehi keuntungan yang diberkati, pendapatan yang halal, memiliki kehidupan yang sejahtera di dunia dan akhirat. Artikel ini memfokuskan kepada prinsip kerohanian Islam yang boleh diamalkan oleh seorang usahawan Melayu untuk menyejahterakan aktiviti perniagaan mereka. Artikel ini membincangkan kepentingan usahawan Melayu dalam membangunkan prinsip kerohanian Islam melalui sudut pandang amalan seorang ahli tarekat. Kajian ini turut menjadualkan perbezaan di antara usahawan Melayu yang bertarekat dengan usahawan Melayu yang tidak bertarekat melalui hubungan prinsip kerohanian Islam. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan kaedah temu bual dan analisis kandungan untuk penghasilan dapatan kajian. Hasil kajian mendapati prinsip kerohanian Islam memang wujud dalam diri seorang usahawan Melayu dan ternyata prinsip ini amat memerlukan bimbingan oleh seorang guru mursyid dari kumpulan tarekat yang muktabar. Amalan kerohanian usahawan Melayu bertarekat seperti suhbah, tazkiyah, zikir, selawat, dan solat dapat meningkatkan keyakinan diri dan memupuk akhlak yang beradab di dalam bidang keusahawanan. Di samping itu, pengkaji mencadangkan keperluan untuk kajian masa depan dalam mencari perbezaan antara usahawan Melayu bertarekat dengan usahawan Melayu yang tidak bertarekat.
The lives of Malay entrepreneurs today have not yet really practiced the Islamic spiritual principles in their daily lives. Every Malay entrepreneur really needs a spiritual leap to manage his business to obtain blessed profits, halal income, and have a prosperous life in this world and the hereafter. This article focuses on Islamic spiritual principles that can be practiced by a Malay entrepreneur to make their business activities prosperous. This article discusses the importance of Malay entrepreneurs in developing the spiritual principles of Islam through the perspective of the practice of a tariqah member. This study also tabulates the difference between tariqah Malay entrepreneurs and Malay entrepreneurs through the relationship between Islamic spiritual principles. This study is a qualitative study that uses interview methods and content analysis to produce study findings. The results of the study found that the spiritual principles of Islam do exist in a Malay entrepreneur, and it turns out that this principle needs guidance by a mursyid teacher from an authoritative religious order. The spiritual practices of religious Malay entrepreneurs such as suhbah, tazkiyah, dhikr, salawat, and prayer can increase self-confidence and cultivate civilized morals in the field of entrepreneurship. In addition, the researcher suggests the need for future studies in finding differences between tariqah Malay entrepreneurs and Malay entrepreneurs.