Afirmasi Numerik Ahada dan Wahada dalam Al-Quran [Numeric Affirmation of Ahada and Wahada in The Quran]
Keywords:
al-Quran, uslub penegasan, taukid, bilangan Quran, affirmation style, taukid, numberAbstract
Penyebutan elemen bilangan dalam al-Quran merupakan satu dimensi penting. Ia berfungsi dan mempunyai peranan terutama untuk memahami setiap ayat-ayat al-Quran. Namun, kefahaman berkenaan penggunaan dan penyebutan setiap elemen bilangan dalam ayat kurang mendapat perhatian dikalangan pengkaji. Artikel ini bertujuan menganalisis lafaz ahada dan wahada dalam al-Quran dari perspektif retorik. Pengumpulan data menggunakan teknik pembacaan teks dan analisis dokumen. Seterusnya, data yang diperoleh dianalisis menggunakan pendekatan interpretasi. Kajian ini mendapati bahawa penyebutan dan penggunaan lafaz ahada dan wahada dalam al-Quran tidak menunjukkan makna bilangan sahaja bahkan penyebutannya juga berhubung kait dengan perbincangan retorik dalam al-Quran. Uslub penegasan (taukid) antara elemen retorik yang banyak digunakan menerusi kedua-dua lafaz ahada dan wahada dalam al-Quran.
The mention of numerical elements in the Quran is an important dimension. It serves a significant role in understanding each verse of the Quran. However, the importance of the use and mention of each numerical element within the verses has received little attention among researchers. This article aims to analyze the terms ahada and wahada in the Quran from a rhetorical perspective. Data collection was conducted through text reading techniques and document analysis. Subsequently, the data was analyzed using an interpretative approach. The study found that the mention and use of the terms ahada and wahada in the Quran not only signify numeric meanings but also relate to rhetorical discourse within the Quran. The style of affirmation (tawhid) is one of the rhetorical elements frequently used through both terms ahada and wahada in the Quran.