Cabaran dan Strategi dalam Memperkasakan Pengajian al-Quran Braille dalam Kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan [Challenges and Strategies in Empowering Braille al-Quran Education among Visually Impaired Individuals]
Keywords:
Cabaran, strategi, memperkasakan pengajian al-Quran Braille, Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan.Abstract
Pengajian al-Quran Braille merupakan pembelajaran khas bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia. Penggunaan al-Quran Braille amat penting bagi memudahkan akses individu cacat penglihatan mendalami kandungan al-Quran. Namun, pelaksanaan pengajian al-Quran Braille mempunyai kekangan dan cabaran dalam mengadakan sesi pembelajaran yang menumpukan golongan OKU penglihatan secara sistematik. Kekurangan tenaga pelatih yang mahir dan alatan Braille dalam pengajaran al-Quran Braille amat terhad dan tinggi harganya membuktikan halangan dalam pembelajaran al-Quran Braille mengekang lagi pelaksanaannya. Justeru, strategi memperkasakan pengajian al-Quran Braille dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) perlu digiatkan. Artikel ini menggunakan kajian kualitatif melalui analisis dokumen beberapa sumber primer dan sekunder. Artikel ini juga menggunakan kaedah deduktif dan tematik untuk menganalisis data yang diperoleh. Hasil kajian mendapati strategi memperkasakan pengajian al-Quran Braille merupakan solusi dalam memperkasakan pengajian al-Quran Braille dalam kalangan OKU penglihatan. Strategi memperkasakan pengajian al-Quran Braille perlu ditingkatkan agar kesedaran awam dan infrastruktur pembelajaran yang inklusif bagi menumpukan kepada golongan OKU penglihatan dapat dilaksanakan dengan baik dan komprehensif. Usaha kolaboratif daripada pelbagai termasuk pihak yang berautoriti perlu digagas supaya pendidikan al-Quran terhadap individu yang cacat penglihatan dapat dilaksanakan dengan sistematik yang berkesan.
The study of the Braille al-Quran is a specialized educational program for individuals with disabilities (OKU) in Malaysia. The use of the Braille al-Quran is crucial for facilitating access for visually impaired individuals to deepen their understanding of the al-Quran's content. However, the implementation of Braille al-Quran education faces constraints and challenges in conducting systematic learning sessions focused on the visually impaired. The shortage of skilled trainers and the limited and costly Braille equipment for teaching the Braille al-Quran further hinder its implementation. Therefore, strategies to empower Braille al-Quran education among the visually impaired need to be intensified. This article employs a qualitative study through document analysis of several primary and secondary sources. It also utilizes deductive and thematic methods to analyze the data obtained. The study finds that empowering strategies for Braille al-Quran education are a solution to enhance its implementation among the visually impaired. These strategies need to be enhanced to ensure public awareness and inclusive learning infrastructure are effectively and comprehensively implemented for the visually impaired. Collaborative efforts from various parties, including authorities, need to be initiated to ensure that Quranic education for visually impaired individuals is systematically and effectively carried out.