Kejadian Bangunan Runtuh, Siapa Bertanggungan? Satu Pendekatan Perbandingan Mengikut Undang-Undang Malaysia dan Islam [Building Collapse Incident: Who is Liable? A Comparative Approach According to Malaysian and Islamic Laws]

Authors

  • Abdul Basir Mohamad Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nurbazla Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Bangunan runtuh, ganti rugi, statut Malaysia, undang-undang Islam, pemunya bangunan, pemilik binaan, kontraktor.

Abstract

Kes runtuhan bangunan merupakan satu isu yang melibatkan pelbagai aspek seperti keselamatan awam, hak asasi manusia, tanggungjawab undang-undang dan siapa yang seharusnya bertanggungan. Di Malaysia, kes runtuhan bangunan seringkali terjadi sehingga melibatkan kehilangan nyawa, kecederaan tubuh badan dan juga kerugian harta benda. Dalam konteks Malaysia, antara undang-undang yang boleh dihubungkan kepada kes runtuhan bangunan ialah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520). Dalam hal yang sama, undang-undang Islam juga memainkan peranan penting dalam membincangkan pihak yang bertanggungan dalam kes runtuhan bangunan. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji beberapa kes runtuhan bangunan yang telah terjadi di Malaysia. Kemudian mengkaji peruntukan yang terdapat dalam statut undang-undang Malaysia serta membincangkan pihak yang bertanggungan menurut undang-undang Islam serta perundangan Malaysia. Kes-kes runtuhan bangunan yang melibatkan kehilangan nyawa, kecederaan dan kerosakan harta benda memberi implikasi kepada kedua-dua undang-undang sivil dan Islam yang menekankan keadilan dan ganti rugi kepada mangsa. Jika kecederaan atau kematian telah berlaku akibat runtuhan bangunan, pemilik bangunan itu hendaklah dikenal pasti. Siapa pemilik sebenarnya? Adakah dia pemilik sebenar bangunan atau termasuk juga pihak lain seperti kontraktor? Artikel ini ditulis dengan menggunakan metodologi kajian kepustakaan, yang berteraskan kaedah induktif, deduktif dan komparatif. Hasilnya, setelah dapat mengetahui siapa yang harus bertanggungjawab bagi sesuatu insiden runtuhan bangunan, maka tuntutan ganti rugi akan dapat diselesaikan dengan mudah dan pihak mangsa runtuhan akan mendapat pembelaan dengan adil.

Building collapse incidents are issues that involve various aspects such as public safety, human rights, legal responsibility, and the determination of who should be held accountable. In Malaysia, building collapse cases often result in loss of life, bodily injury, and property damage. Relevant laws in Malaysia that can be associated with building collapse cases include the Streets, Drainage and Buildings Act 1974 (Act 133) and the Malaysian Construction Industry Development Board Act 1994 (Act 520). Similarly, Islamic law also plays an important role in discussing who should bear the responsibility in cases of building collapse. This paper aims to examine several building collapse cases that have occurred in Malaysia and analyze the provisions found in Malaysian statutory laws, while also discussing the parties responsible according to both Islamic and Malaysian law. Building collapse incidents that result in loss of life, injury, and property damage have implications under both civil and Islamic law, with both systems emphasizing justice and compensation for victims. In cases where injury or death occurs due to a building collapse, the owner of the building must be identified. Who is the actual owner? Is it the legal owner of the building, or does it also include other parties such as contractors? This paper is written using a library research methodology, based on inductive, deductive, and comparative approaches. The result of this study will help identify who should be held liable for a building collapse incident, thereby facilitating the process of compensation claims, ensuring that the victims receive fair justice and redress.

Published

2024-12-07