Biografi Haji Wan Abdullah bin Haji Wan Mohd Amin (Tuk Syeikh Duyong)

Authors

  • Mohd Zamri Hasan
  • Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad
  • Noorsafuan Che Noh

Keywords:

Tuk Syeikh Duyong, biografi, salasilah keturunan

Abstract

Haji Wan Abdullah bin Haji Wan Mohd Amin (1802M-1889M) atau lebih dikenali dengan panggilan Tuk Syeikh Duyong merupakan seorang ulama Terengganu pada abad ke 19 M. Beliau merupakan seorang ilmuwan yang berhijrah daripada Patani ke Terengganu ekoran tercetusnya krisis politik antara Kerajaan Siam Patani pada masa tersebut. Berdasarkan salasilah keturunan beliau terdapat dua pendapat yang berbeza yang mana pendapat pertama menyatakan beliau berasal dari Champa atau Kemboja manakala pendapat kedua menyatakan dari Bugis. Dalam aspek keperibadian, Tuk Syeikh Duyong adalah individu yang alim dan bersifat tegas dalam menyampaikan ilmu keagamaan. Kealimannya bukan sahaja dapat menarik perhatian masyarakat dalam menuntut ilmu akan tetapi golongan istana juga terlibat. Justeru itu, tujuan penulisan artikel ini adalah untuk meninjau tentang biografi dan salasilah keturunan Tuk Syeikh Duyong serta sifatnya yang secara tidak langsung dapat menarik minat anggota masyarakat dan golongan bangsawan dalam mempelajari ilmu agama. Bagi mencapai objektif di atas, data dan maklumat berkaitan diperolehi melalui kajian kepustakaan iaitu rujukan ke atas sumber-sumber primer dan sekunder. Hasil kajian mendapati bahawa Tuk Syeikh Duyong merupakan ulama pendatang dari Patani dan menyebarkan ilmu keagamaan di Terengganu pada abad 19M.

Published

2019-05-05