Tinjauan Awal Sejarah Sosial Hubungan Sambas dan Sarawak

Authors

  • Sunandar

Keywords:

Sambas, Sarawak, Melayu, Identiti Sosial

Abstract

Kajian ini difokuskan pada pelacakan terhadap hubungan yang terbangun antara Sambas dan Sarawak dalam kancah sejarah sosial, titik persoalan utamanya adalah bagaimana hubungan antara Sambas dan Sarawak. Penelitian ini dilakukan dengan menggunakan metode sejarah yang diteliti melalu empat kegiatan utama, iaitu heuristik, verifikasi, interpretasi dan historiografi. Hubungan Sambas dan Sarawak telah lama terjalin, melalui proses yang panjang. Dalam ranah sejarah ia dibangun dalam tiga proses yang berbeza, pertama dalam tatanan politik tradisional diawali dari migrasinya Raja Sarawak iaitu Raja Tengah yang merupakan putera kedua Sultan Brunei. Ketika Ayahnya meninggal (Sultan Muhammad Hasan), maka posisi sultan digantikan oleh saudaranya iaitu Sultan Abdul Jalil Jabbar, sehingga Raja Tengah memerintah negeri Sarawak. Ketika di Sarawak Raja Tengah pindah ke Sukadana kemudian dilanjutkan pindah ke Sambas. Kedua hubungan itu dilanjutkan dengan hubungan Guru-Murid yang telah terjadi sejak abad ke-19 melalui Sheikh Ahmad Khatib Sambas hingga awal abad ke-20 melalui Sheikh Usman Sarawak dan Muhammad Basiuni Imran, dan yang ketiga dibangun melalui hubungan kekerabatan melalui perkahwinan.

Published

2019-05-16