Tahap Pengetahuan Masyarakat Terhadap Tarekat di Negeri Sembilan

Authors

  • Muhammad Asyraf Mohd Azlin
  • Faudzinaim Badaruddin

Keywords:

Institusi tarekat, masyarakat Negeri Sembilan

Abstract

Tarekat merupakan satu institusi yang berasaskan ilmu tasawuf. Negeri Sembilan dilihat sebuah negeri yang terhadapan mengenai institusi tarekat. Perkembangan positif institusi tarekat yang ditunjukkan di negeri tersebut disebabkan beberapa faktor, antaranya peranan pihak berautoriti iaitu Jabatan Mufti Negeri Sembilan dalam menjaga dan melindungi institusi ini serta tanggungjawab kumpulan tarekat itu sendiri dalam memelihara institusi tarekat. Hal ini kerana respons yang ditunjukkan terhadap beberapa isu mengenai institusi ini sehingga institusi tarekat dianggap sesat dan menyeleweng. Justeru, kajian ini adalah untuk melihat tahap sebenar pengetahuan masyarakat terhadap tarekat. Kajian ini juga mampu menjawab kepada persoalan berbentuk pengetahuan umum masyarakat mengenai tarekat hasil daripada perkembangan yang telah ditunjukkan di Negeri Sembilan. Kajian ini dilakukan dengan kaedah kuantitatif secara numeric melalui bantuan Statistical Package for Social Science (SPSS). Negeri Sembilan telah pun dipilih sebagai lokasi kajian berdasarkan perkembangan tarekat di negeri tersebut. Soal selidik dirangka bagi mencari tahap sebenar pengetahuan masyarakat Islam di Negeri Sembilan terhadap tarekat. Seramai 384 orang responden yang terdiri daripada pelbagai umur dan jantina dianalisis datanya. Hasil kajian mendapati bahawa masyarakat Negeri Sembilan mempunyai asas pengetahuan Tarekat yang tinggi dengan capaian min sebanyak 4.05. Perkara ini menunjukkan bahawa masyarakat Islam Negeri Sembilan mempunyai pengetahuan yang jelas mengenai institusi tarekat.

Published

2019-05-16