Pengurusan Pertikaian Agama di Malaysia Melalui Pendekatan Penyelasaian Alternatif (Alternatif Dispute Resoution) [The Management of Religious Disputes in Malaysia Through Alternative Dispute Resolution (ADR) Mechanisms]

Authors

  • Nur Farhana Abdul Rahman Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Jaffary Awang Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Sri Rahayu Dollah Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Pengurusan Konflik Agama, Penyelesaian Pertikaian Alternatif, Toleransi Agama Religious Conflict Management, Alternative Dispute Resolution, Religious Tolerance

Abstract

Penyelesaian Pertikaian Alternatif (PPA) atau disebut sebagai Alternative Dispute Resolution (ADR) merupakan satu alternatif pengurusan pertikaian agama yang melibatkan proses undang-undang yang kurang memakan masa dan melibatkan kos yang lebih murah dalam menyelesaikan pertikaian. Namun, penggunaannya di Malaysia didapati mempunyai halangan dan cabaran terutamanya dalam menyelesaikan isu antara agama. Justeru artikel ini membincangkan konsep penyelesaian pertikaian alternatif (PPA/ADR) serta cabarannya dalam pengurusan isu antara agama di Malaysia. Artikel ini merupakan artikel secara sorotan literatur yang berkaitan dengan konsep dan jenis pendekatan pertikaian alternatif yang sesuai digunakan dalam pengurusan pertikaian isu antara agama di Malaysia. Hasil utama kajian mendapati bahawa terdapat tiga pendekatan yang alternatif yang digunakan dalam pengurusan isu antara agama di Malaysia iaitu rundingan, mediasi dan abritari. Setiap satu pendekatan ini digunakan terhadap isu yang sesuai dengan matlamat pendekatan tersebut. Cabaran utama dalam pelaksanaan penyelesaian pertikai alternatif adalah kebolehan mengurus campur tangan pihak luar yang memburuk keadaan, latihan profesional ADR, personaliti yang perlu ditunjukkan oleh fasilitator, mediator, arbitrator serta kerjasama kedua-dua pihak yang bertikai semasa proses penyelesaian dijalankan. Oleh itu, penyelidik berharap kajian lanjut akan dijalankan untuk mengatasi halangan dan cabaran tersebut serta membuka mata masyarakat terhadap penggunaan kaedah penyelesaian pertikaian alternatif dalam menangani konflik agama.

Alternative Dispute Resolution (ADR) is an alternative method for managing religious disputes, involving legal processes that are less time-consuming and more cost-effective in resolving conflicts.However, its application in Malaysia faces barriers and challenges, particularly in addressing interfaith issues. Therefore, this article discusses the concept of Alternative Dispute Resolution (ADR) and its challenges in managing interfaith issues in Malaysia. The article is a literature review of concepts and types of alternative dispute resolution approaches suitable for managing interfaith conflicts in the country. The key findings reveal that three alternative approaches are employed in managing interfaith issues in Malaysia, namely Negotiation, Mediation, and Arbitration. Each of these approaches is applied according to the specific issue and the intended goals of the method. The primary challenges in implementing alternative dispute resolution include managing external interventions that worsen the situation, the professional training of ADR practitioners, the personalities required of facilitators, mediators, and arbitrators, as well as the cooperation of both disputing parties during the resolution process. Therefore, the researchers hope that further studies will be conducted to overcome these barriers and challenges, while also raising public awareness of the use of alternative dispute resolution methods in handling religious conflicts.

Published

2024-10-23